Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMANegeri Sembilan

Bantuan Sekolah Ceriakan 79 Murid SK Seliau

By 19 Disember 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Masitah Mat Zin (Seremban)

SEREMBAN, 19 Dis (Malaysiaaktif) –  Seramai 79 orang murid daripada keluarga berpendapatan rendah B40 di Kampung Seliau Baru di sini,  menerima bantuan persekolahan daripada Timbalan Perdana Menteri melalui Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Seliau Baru bagi sesi  tahun 2020.

Setiausaha Politik Menteri Besar Negeri Sembilan Mokhtar Ahmad, berkata bantuan tersebut diharap dapat meringankan beban penerima khususnya dalam menyediakan keperluan sekolah buat anak-anak mereka.

“Sumbangan kelengkapan persekolahan ini diharap sedikit sebanyak dapat mengurangkan perbelanjaan ditanggung memandangkan ibu bapa sedang membuat persediaan keperluan persekolahan kerana musim cuti persekolahan bakal berakhir,” katanya ketika merasmikan Majlis Penyampaian Sumbangan Buku Tulis ‘Back to School’ Murid- Murid B40 Sekolah Kebangsaan (SK) Seliau Tahun 2020 hari ini.

WhatsApp Image 2019-12-18 at 11.32.06

Mokhtar menyampaikan sumbangan kepada penerima.

Sementara itu, Pengerusi Komuniti Harapan Malaysia (KHM) Kampung Seliau Baru Ghani Zainudin, berkata pihaknya telah memohon peruntukan dari Timbalan Perdana Menteri untuk mencari dana bagi program itu dan besyukur bantuan tersebut dapat disampaikan pada majlis tersebut.

“Kami akan sentiasa memberi tumpuan kepada golongan kurang berkemampuan yang ingin melihat anak-anak mereka meneruskan persekolahan dengan sempurna,” katanya.

Penerima bantuan, Mohd Hazril Hamza, 11, dari SK Seliau ketika ditemui berkata, dia amat bersyukur kerana terpilih untuk menerima sumbangan tersebut.

“Dengan adanya bantuan ini, saya sangat bersyukur dapat mengurangkan beban ibu dan bapa saya,” ujarnya.

-AK

Tinggalkan komen anda