Laporan/ foto: Lizza Imelia M. Sulanah (Seberang Perai Tengah)
BUKIT MINYAK, 18 Dis (Malaysiaaktif) – Program Temuduga Terbuka Jobfair@JMTI telah berlangsung baru-baru ini di Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI), Taman Perindustrian Bukit Minyak, Pulau Pinang.
Ketua Bahagian, Komuniti dan Khidmat Sokongan Pekerjaan (CESS) JMTI; Shafiq Abdul Wahab berkata, kira-kira 2,000 pengunjung hadir pada temuduga tersebut dan sebanyak 32 syarikat telah menyertai JobFair ini dengan 1200 jawatan kosong ditawarkan.
Di dalam pembentangan Belanjawan 2020, kerajaan telah memperuntukkan RM5.9 bilion bagi mengarus perdanakan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dalam negara.
Bagi menggalakkan kerjasama industri yang lebih oleh ILKA, geran padanan berjumlah RM20 juta disediakan untuk menyokong kursus TVET yang direka khas untuk dilaksanakan dengan kerjasama industri.
TVET juga kini menjadi keutamaan kepada negara bagi melahirkan graduan yang berkemahiran dan berdaya saing hingga ke peringkat antarabangsa.
-II-