Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

Dekati Golongan B40 Melalui Komunikasi Bersemuka

By 18 Disember 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/ foto: Lizza Imelia M. Sulanah (Seberang Perai Tengah)

BUKIT MERTAJAM, 18 Dis (Malaysiaaktif) – “Sumbangan berbentuk baucar RM100.00 yang diberikan dapat meringankan sedikit beban ibu bapa dari kumpulan berpendapatan B40 untuk membuat persiapan persekolahan anak-anak mereka,” jelas Exco Pembangunan Wanita dan Keluarga, Keterangkuman Gender dan Agama Selain Islam Negeri Pulau Pinang merangkap ADUN Padang Lalang, Puan Chong Eng

Sempena perayaan Hari Krismas dan persediaan kembali ke sekolah atau Back To School, Pusat Khidmat ADUN Padang Lalang telah menyampaikan sumbangan kepada golongan warga emas dan keluarga miskin di Pusat Khidmat ADUN Padang Lalang di sini semalam.

Ucapan oleh Puan Chong Eng

Ucapan oleh Puan Chong Eng

Chong Eng juga turut menyampaikan sumbangan daripada Zakat Pulau Pinang melalui Encik Abdullah, Ahli MPKK kawasan Padang Lalang kepada golongan B40 bagi meringankan beban ketua keluarga di dalam membuat persiapan anak-anak mereka kembali ke sekolah.

Di antara penerima sumbangan

Di antara penerima sumbangan

Sementara itu juga, Pejabat Pejabat Penerangan Daerah Seberang Perai Tengah atau Team SPT juga mengambil kesempatan itu untuk mengadakan slot Kenali Pejabat Penerangan SPT dan Kuiz Kenegaraan Edisi DUN Padang Lalang kepada penerima-penerima sumbangan dan tetamu yang hadir.

Sesi Kenali Pejabat Penerangan Daerah SPT bersama dengan orang ramai

Sesi Kenali Pejabat Penerangan Daerah SPT bersama dengan orang ramai

Turut diedarkan adalah bahan penerbitan Jabatan Penerangan Malaysia dan pensel warna kepada kanak-kanak bersesuaian dengan tema kembali ke sekolah.

Edaran bahan - bahan penerbitan Jabatan Penerangan Malaysia

Edaran bahan – bahan penerbitan Jabatan Penerangan Malaysia

Tambah Puan Chong lagi, “Sesi komunikasi bersemuka Pejabat Penerangan Daerah SPT ini sedikit sebanyak dapat memberi maklumat kepada orang ramai terutamanya golongan B40 dan mengharapkan ianya dapat dilaksanakan lebih kerap bersama golongan sasar yang berbeza.”

“Jika mereka sukar untuk dapatkan maklumat, tiada kemudahan dan sebagainya, kita dekati mereka dan sampaikan inisiatif kerajaan yang perlu mereka tahu. Itu yang kerajaan mahukan, tambah beliau sebelum mengakhiri ucapan.”

-II-

Tinggalkan komen anda