Laporan/ foto: Muhamad Zaini Dollah/Mohd Faizal Mat Akhir (Seberang Perai Selatan)
NIBONG TEBAL, 18 Dis (Malaysiaaktif) – Seramai 257 pelajar dari Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) telah menerima bantuan pendaftaran ke institusi pengajian tinggi di majlis penyampaian cek bantuan pendaftaran pelajar yang diadakan Di Dewan Serbaguna Jawi, kelmarin.
Bantuan yang melibatkan peruntukan sebanyak RM 251,400.00 telah disampaikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow bertujuan untuk membantu meringankan beban pelajar yang ingin meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi.
Menurut Ketua Menteri, “Ini adalah sebahagian daripada inisiatif kerajaan negeri untuk meraikan kejayaan anak-anak negeri Pulau Pinang yang cemerlang dan sekaligus sebagai galakan kepada mereka mengorak lebih banyak kejayaan pada masa hadapan,” katanya semasa merasmikan majlis.
Turut hadir pada majlis ini ialah ADUN Sungai Bakap, Dr Amar Pritpal dan ADUN Jawi, H’ng Mooi Lye.
-II-