Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

Jelajah Desa Santuni Golongan Memerlukan

By 26 Disember 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/ foto: Lizza Imelia M. Sulanah (Seberang Perai Tengah)

BUKIT MERTAJAM, 26 Dis (Malaysiaaktif) – “Program Jelajah Desa adalah satu platform bagi pihak kerajaan untuk menemui masyarakat dalam keadaan yang tidak formal dan lebih dekat dengan hati rakyat. Beliau juga menyarankan jabatan dan agensi kerajaan untuk lebih kerap menemui masyarakat terutamanya golongan yang memerlukan,” kata Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang merangkap ADUN Seberang Jaya, Dr. Afif Bahardin dalam ucapan beliau.

Sebanyak lapan check-point telah diaturkan sepanjang program Jelajah Desa kali ini. Antaranya, lawatan bina rumah baru Muhammad Azizi di kampung Machang Bubuk dan Encik Ganaskumar di Kampung Lama. Kedua-duanya merupakan golongan miskin dan amat memerlukan bantuan pembinaan rumah baru tersebut. Selain itu, turut diadakan lawatan ke industri cili di Bukit Teh dan bengkel Kek Lapis di Kampung Haji Musa yang berpotensi untuk diperluaskan.

Ucapan Dr. Afif Bahardin semasa Majlis Penutup Jelajah Desa

Ucapan Dr. Afif Bahardin semasa Majlis Penutup Jelajah Desa

Kebun durian seluas 24 ekar diusahakan anak tempatan yang berpotensi untuk dibangunkan juga menjadi salah satu tarikan dalam siri jelajah ini.

Destinasi Jelajah Desa yang terakhir adalah Pusat Giat Mara Machang Bubuk, Bukit Mertajam. Selesai jelajah desa, Dr. Afif mengadakan lawatan ke ruang Kolej Komuniti Bukit Mertajam yang menyediakan perkhidmatan mencetak baju dan ‘non-woven‘ bag. Beliau bersama-sama dengan ADUN Machang Bubuk, Lee Khai Loon turut mencuba aktiviti tersebut.

Penyampaian kunci sempena lawatan bina rumah baru

Penyampaian kunci sempena lawatan bina rumah baru

Turut dilawati adalah ruangan Pejabat Penerangan Daerah Seberang Perai Tengah bagi mendengar penerangan ringkas tentang bahan-bahan penerbitan terbaru Jabatan Penerangan Malaysia. Menurut Pegawai Penerangan Daerah, Lizza Imelia M.Sulanah, menerangkan kaedah menyampaikan maklumat inisiatif kerajaan secara mobile seperti SPT Zoomers serta yang disampaikan secara bersemuka kepada masyarakat.

Lawatan ke ruang PMR Mobile Pejabat Penerangan Seberang Perai Tengah

Lawatan ke ruang PMR Mobile Pejabat Penerangan Seberang Perai Tengah

Majlis penutup disempurnakan oleh Dr. Afif Bahardin. Beliau memuji penganjuran program ini dengan kerjasama jabatan dan agensi kerajaan membantu merealisasikan hasrat kerajaan untuk mendengar, mememui dan membantu masyarakat secara terus tanpa protokol katanya.

-II-

Tinggalkan komen anda