
Laporan/ foto: S.Shalene (Daerah Barat Daya)
BATU MAUNG, 24 Dis (Malaysiaaktif) – Kira-kira 1, 500 orang telah hadir memeriahkan Karnival Batu Maung & Family Run 2019 yang telah berlangsung di SK Sungai Ara dirasmikan oleh Exco Perdagangan Antarabangsa & Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna Dan Pembangunan Keusahawanan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N.37 Batu Maung, Datuk Abdul Halim Bin Haji Hussain.
Karnival ini dianjurkan oleh Pejabat Pusat Khidmat Rakyat ADUN Batu Maung dan ianya adalah program tahunan yang turut mendapat kerjasama dari SK Sungai Ara, Pasar COOP, MPKK Batu Maung, Sahabat Belia, KPDNHEP, Bomba Sukarela, MBPP, PDRM, JPAM dan agensi-agensi kerajaan yang lain.
Pengunjung yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat mengambil bahagian di dalam pelbagai aktiviti-aktiviti menarik seperti family run 5KM, pertandingan beyblade, e-sport, pertandingan melukis dan mewarna serta acara sukaneka.
Selain itu, pengunjung juga membanjiri ruangan pasar coop yang menjual barangan makanan dan keperluan harian pada harga yang rendah.
Karnival ini berjaya mendekati rakyat untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan mempromosikan produk industri kecil yang berkualiti pada harga yang istimewa. Selain itu, ianya membantu rakyat di kawasan bandar mengurangkan kos sara hidup mereka.
-II-