Laporan/ foto: Mawarni Ismail (Daerah Barat Daya)
TELUK BAHANG , 30 Dis (Malaysiaaktif) – Majlis Bantuan Back To School anjuran Pusat Khidmat ADUN Teluk Bahang telah diadakan bertempat di Dewan MPKK Teluk Bahang.
Program ini telah dianjurkan oleh Pusat Khidmat ADUN Teluk Bahang dengan kerjasama Pusat Zakat Pulau Pinang, Pejabat Ahli Parlimen Balik Pulau, MPKK Teluk Bahang dan Komuniti Harapan Malaysia Teluk Bahang.
Seramai 130 orang penerima yang terdiri daripada keluarga kurang berkemampuan hadir menerima baucar bantuan pada majlis tersebut.
Turut sama hadir di majlis tersebut adalah ADUN Teluk Bahang, Zolkifly Bin Md. Lazim dan Pengerusi MPKK Teluk Bahang, Zulkifli Bin Ahmad.
Penerima yang ditemui, Kevin Raaj, 10 tahun berkata, beliau amat gembira dengan dengan sumbangan baucar tersebut kerana ia dapat membantu mengurangkan beban kewangan kedua ibu bapanya.
Zolkifly juga meluangkan masa beramah mesra dengan penduduk setempat serta mendengar permasalahan penduduk sejurus selepas majlis berakhir.
-II-