Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

Sumbangan Baucar Bantuan Persekolahan Ringankan Beban Ibu bapa

By 11 Disember 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/ foto : Halimah Abdul Ghani/ Nurul Wahida Mohd Noor (Seberang Perai Tengah)

BUKIT MERTAJAM, 11 Dis (Malaysiaaktif) – Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Keterangkuman Gender dan Agama Selain Islam Negeri Pulau Pinang merangkap ADUN Padang Lalang, Chong Eng telah menyerahkan baucar bernilai RM100 oleh pihak Kamdar kepada 100 orang penerima sempena Program Pemberian Bantuan Sekolah 2019 di perkarangan pejabat beliau.

Berucap di majlis tersebut, beliau berharap pemberian bantuan persekolahan ini mampu meringankan beban ibu bapa dalam menampung perbelanjaan bagi menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak untuk sesi 2020. Selain itu, beliau juga menegaskan bahawa pelajaran amat penting di masa kini dan ibubapa bertanggungjawab memastikan anak-anak rajin belajar bagi menjamin peluang pekerjaan di masa akan datang.

YB Chong Eng sedang menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima

YB Chong Eng sedang menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima

Beliau juga turut menyatakan bahawa, pihak kerajaan negeri dan persekutuan melalui pelbagai agensi sedaya upaya berusaha membantu golongan kurang berkemampuan dengan menyalurkan bantuan kewangan dan peranan ibubapa pula untuk memastikan anak-anak belajar bersungguh-sungguh. “Pejabat ADUN juga akan turut sedia membantu walaupun bukan dalam jumlah yang besar”, tambahnya lagi.

Sebahagian penerima baucar bantuan persekolahan yang hadir pada Majlis Penyerahan Baucar Persekolahan Sesi 2020

Sebahagian penerima baucar bantuan persekolahan yang hadir pada Majlis Penyerahan Baucar Persekolahan Sesi 2020

Sementara itu, waris kepada penerima baucar, Amutha A/P Ramasamy menzahirkan perasaan gembira dan mengucapkan terima kasih atas sumbangan yang sedikit sebanyak membantu golongan B40 sepertinya sebelum bermula sesi persekolahan 2020.

Edaran bahan penerbitan Jabatan Penerangan Malaysia

Edaran bahan penerbitan Jabatan Penerangan Malaysia

Sempena program ini, Pejabat Penerangan Daerah Seberang Perai Tengah juga turut mengambil peluang mengedarkan bahan-bahan maklumat berkaitan dasar-dasar kerajaan kepada ibubapa dan penerima sumbangan.

-II-

 

Tinggalkan komen anda