Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Tanah Mendap: Sebuah Rumah Bakal Diroboh

By 27 Disember 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan /foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

HULU KELANG, 27 Dis (Malaysiaaktif) – Sebuah daripada tiga rumah yang diarah dikosongkan susulan kejadian tanah mendap di Jalan Kelab Ukay 2, Bukit Antarabangsa kelmarin bakal dirobohkan.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamarudin berkata, pemilik rumah tersebut bersetuju kediamannya dirobohkan selepas kediaman tersebut tidak selamat akibat keretakan yang teruk.

Kesan mendapan tanah salah sebuah rumah yang terlibat dalam kejadian tanah mendap di Jalan Kelab Ukay yang berlaku

Kesan mendapan tanah salah sebuah rumah yang terlibat dalam kejadian tanah mendap di Jalan Kelab Ukay yang berlaku

“Jawatankuasa Teknikal yang bermesyuarat pagi semalam memaklumkan daripada lapan rumah yang dikenal pasti, hanya tiga buah yang perlu dikosongkan setelah skala dikecilkan kepada unit paling hampir.

“Tiga unit ini harus dikosongkan sementara bagi tujuan keselamatan dan memberi laluan kepada unit teknikal menjalankan siasatan lebih lanjut. Melalui perobohan itu, ianya mampu menyelamatkan kawasan kejiranan tersebut selepas kerja penstabilan tanah dilakukan di lokasi,” katanya ketika melawat lokasi tanah mendap di sini.

Zuraida Kamarudin ketika ditemui media selepas lawatan ke lokasi kejadian tanah mendap melibatkan tiga buah rumah di Jalan Kelab Ukay, Bukit Antarabangsa semalam

Zuraida Kamarudin ketika ditemui media selepas lawatan ke lokasi kejadian tanah mendap melibatkan tiga buah rumah di Jalan Kelab Ukay, Bukit Antarabangsa semalam

Turut hadir, Pegawai Daerah Gombak, Datuk Amirul Azizan Abdul Rahim, Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Datuk Abdul Hamid Hussain dan Ketua Unit Pengurusan Bencana Selangor, Ahmad Fairuz Mohd Yusof.

Mengulas lanjut, Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang memaklumkan beliau telah meminta pemilik unit mengumpul dokumen berkaitan untuk semakan oleh MPAJ.

Zuraida sewaktu meninjau rumah yang terlibat dengan kejadian tanah mendap

Zuraida sewaktu meninjau rumah yang terlibat dengan kejadian tanah mendap

“Pemilik bersetuju rumahnya dirobohkan, namun beberapa aspek teknikal perlu diteliti, selain langkah awal melalui pemasangan plastik di lokasi terlibat bagi mengurangkan kesan pergerakan tanah.

“MPAJ telah kenal pasti konsultan dan arkitek yang terlibat dalam pembinaan rumah tersebut untuk menjalankan kajian serta laporan sebelum tindakan selanjutnya diambil,” katanya.

-II-

Tinggalkan komen anda