Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Usahawan Perlu Aplikasikan Teknologi dalam Perniagaan

By 9 Disember 2019Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)

LABUAN, 9 Dis (Malaysiaaktif) – Usahawan pada abad ini diseru untuk mengaplikasikan teknologi dalam perniagaan bukan sahaja dari segi pengeluaran tetapi dalam memasarkan produk.

Menurut Penolong Pengarah Jabatan Sosioekonomi Perbadanan Labuan Muhammad Rizal Ahmad, kursus berkaitan perlu dibuat bagi memastikan usahawan berkeupayaan memasarkan produk dengan lebih efisien.

“Adalah menjadi hasrat kerajaan untuk melahirkan lebih ramai usahawan yang berjaya pada masa akan datang, walau bagaimanapun tanpa minat dan kesediaan untuk menyertai peluang-peluang yang ada usaha ini tidak akan berjaya.

“Kerajaan yakin sekiranya para usahawan dapat terus berusaha memajukan diri dan sentiasa mahu memperbaiki produk-produk yang dihasilkan ianya mampu mengeluarkan produk bermutu serta berdaya saing sehingga ke pasaran global,” katanya semasa merasmikan Majlis Penutupan Program Usahawan Wanita 2019 Anjuran Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Sub Zon 2, semalam.

Sementara itu, Pengerusi MPP Sub Zon 2, Kim Hock Chuntuah@Mohd Firdaus, berkata penganjuran program itu bertujuan memperkenal, mempromosi dan memasarkan produk-produk keluaran usahawan wanita tempatan di Labuan dalam melaksanakan program teras di bawah biro ekonomi dan keusahawanan.

“Pelbagai bentuk jualan yang disediakan oleh para usahawan seperti sambal ikan kekek, sambal tumis, pelbagai jenis kek lapism kuih muih, kerepek serta kraftangan.

“Karnival Usahawan Wanita 2019 merupakan strategi yang sangat baik untuk menerap dan membudayakan nilai keusahawanan kepada semua golongan termasuklah golongan usahawan muda,” katanya semasa menyampaikan ucapan aluan.

Tinggalkan komen anda