Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

73 Peratus Janji Kerajaan Negeri Terlaksana

By 6 Januari 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Farah Azman/ Nur Fariza Farnoh (Melaka)

AYER KEROH, 6 Jan (Malaysiaaktif) – Sehingga akhir tahun 2019, Kerajaan Negeri telah melunaskan 73 peratus daripada janji dalam Manifesto, dengan 62 janji daripada 85 janji telah dilaksana.  Manakala selebihnya, iaitu 23 janji atau 27 peratus masih dalam proses pelaksanaan.

Amanat Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari kepada kira-kira 1,000 penjawat awam, sebentar tadi.

Amanat Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari kepada kira-kira 1,000 penjawat awam, sebentar tadi.

Menurut Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari, Kerajaan Negeri telah menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Kecekapan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Negeri Melaka atau MELCAT sebagai badan pemantau urus tadbir jabatan dan agensi serta anak syarikat Kerajaan Negeri, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam atau PAC yang diketuai oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukan Kerajaan.

“Selain itu Kerajaan Negeri turut mengamalkan proses tender terbuka untuk semua projek termasuk projek di bawah MARRIS, menghadkan tempoh perkhidmatan Ketua Menteri selama 2 penggal, Persidangan DUN dilaksanakan tujuh hari, mengiktiraf ADUN Bukan Kerajaan dengan menyediakan peruntukan  Pentadbiran Pusat Khidmat yang sebelum ini tidak pernah diberi.

“Penubuhan Institut Tun Perak (ITP) sebagai badan pemikir dan membebaskan institusi kerajaan daripada pengaruh politik dalam membuat keputusan terutama hal-hal teknikal dan perundingan dan merasionalisasikan atau menstruktur semula agensi dan anak-anak syarikat Kerajaan Negeri (GLC),” ujar Adly ketika berucap di Perhimpunan Perdana Kerajaan Negeri Melaka yang berlangsung di MITC pagi tadi.

Sementara itu, Adly juga menjelaskan berkaitan Melaka Response 2.0 – aplikasi pintar yang berjaya dibangunkan dan boleh digunakan untuk rakyat membuat aduan, cadangan serta penghargaan.

“Dalam tempoh dari 8 November hingga 31 Disember 2019, sebanyak 401 aduan telah diterima melalui aplikasi ini dan sebanyak 229 aduan atau 57.11% telah selesai manakala baki sebanyak 172 aduan atau 42.89% masih dalam tindakan,” ujarnya.

Penjawat Awam tulang belakang dalam menjayakan dasar-dasar Kerajaan bagi memastikan kemakmuran negara dan rakyat dinikmati bersama.

Penjawat Awam tulang belakang dalam menjayakan dasar-dasar Kerajaan bagi memastikan kemakmuran negara dan rakyat dinikmati bersama.

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda