Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

ADUN Semambu Teruskan Tradisi Menjelang Tahun Baharu Cina

By 23 Januari 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto: Hafiz Khairon/ Facebook Lee Chean Chung (Kuantan)

KUANTAN, 23 Jan (Malaysiaaktif) – Perayaan Tahun Baharu Cina amat sinonim dengan buah limau mandarin yang mana masyarakat Cina percaya bahawa buah limau ini mampu menarik tuah dan kekayaan.

Oleh itu, tidak hairanlah apabila menjelang musim perayaan ini, buah likau mandarin banyak dijual di pasar raya. Amalan perkongsian dan pemberian buah limau mandarin membawa kepercayaan bahawa buah tersebut mampu menarik lebih banyak tuah dan kekayaan yang boleh dikongsikan bersama.

Bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu, Lee Chean Chung, seperti tahun-tahun sebelumnya, amalan memberi buah limau kepada penduduk setempat menjelang Tahun Baharu Cina sudah menjadi tradisi beliau dan rakan-rakan.

Menurutnya, setiap tahun beliau akan berkunjung ke Pasar Pagi Taman Angkasa, Kuantan menjelang Tahun Baharu Cina untuk memberi limau kepada peniaga dan orang awam yang berada di pasar berkenaan.

“Amalan tradisi ini turut membuka peluang untuk saya berinteraksi serta mendengar rintihan suara penduduk setempat,” katanya.

Beliau berkesempatan untuk bertemu kira-kira 300 orang pengunjung dan peniaga di pasar berkenaan.

Lee Chean Chung beramah mesra sambil memberi buah limau mandarin kepada masyarakat setempat

Lee Chean Chung beramah mesra sambil memberi buah limau mandarin kepada masyarakat setempat

Tinggalkan komen anda