Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Anggota Kesihatan Giat Sebar Informasi PeKa B40 Dan MySalam

By 22 Januari 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto: Taufiq Firdaus Md. Nor (Besut)

BESUT, 22 Jan (Malaysiaaktif) – Usaha meningkatkan kesedaran mengenai masalah kesihatan dalam kalangan masyarakat giat dilakukan oleh agensi kesihatan kerajaan dan pelbagai pihak.

Prihatin dengan permasalahan kesihatan yang dihadapi penduduk setempat di sini, Ahli Lembaga Pelawat Hospital Besut dengan kerjasama Pengurusan Hospital Besut mengambil inisiatif dengan mengundang kakitangan kesihatan untuk menyampaikan ceramah mengenai PEKA B40 dan MySalam dalam Program Kesihatan Bersama Komuniti di Dewan Sivik Gong Nering Jertih, Terengganu.

Penduduk setempat yang hadir mengambil peluang untuk mendaftar Program Kesihatan, MySalam

Penduduk setempat yang hadir mengambil peluang untuk mendaftar Program Kesihatan, MySalam

Ceramah PEKA B40 telah disampaikan oleh Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan (KK) Padang Luas Jertih, Dr. Raja Kamaruzzaman Raja Ahmad manakala ceramah MySalam pula telah disampaikan oleh Timbalan Pengurus Operasi MySalam, Mohd Aiman Mohd Noor.

Pelbagai pengisian program telah disediakan seperti pemeriksaan kesihatan secara percuma telah dimeriahkan dengan kehadiran membabitkan 300 orang penduduk setempat serta wakil dari Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Persekutuan (MPKKP) Besut.

Pemeriksaan kesihatan secara percuma oleh anggota kakitangan pejabat kesihatan

Pemeriksaan kesihatan secara percuma oleh anggota kakitangan pejabat kesihatan

Program ini bertujuan untuk memberi informasi serta menyebarluaskan manfaat program-program berkaitan kemudahan yang disediakan kepada golongan berpendapatan rendah oleh Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Mohd Nazri dari Kampung Beris Pak Abu berkata, selain meningkatkan pengetahuan berkenaan PEKA B40 dan MySalam ini, penduduk setempat juga berpeluang melakukan pemeriksaan secara percuma.

Antara tetamu yang hadir

Antara tetamu yang hadir

“Kami berharap program sebegini bukanlah hanya setakat disini sahaja, malahan perlu diperluaskan dan berterusan. Ia juga dapat mendekati penduduk setempat dalam menyampaikan dasar kerajaan melalui program seperti ini,” katanya.

Program ini telah dirasmikan oleh Setiausaha Politik Menteri Kesihatan Malaysia, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.

Ucapan Perasmian oleh Setiausaha Politik Menteri Kesihatan Malaysia, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi

Ucapan Perasmian oleh Setiausaha Politik Menteri Kesihatan Malaysia, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi

Turut hadir ialah Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr. Nor Azimi Mohd Yunus, Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat Hospital Besut, Aziz Abdullah dan Pengarah Hospital Besut, Hariza Husain.

-ii-

Tinggalkan komen anda