Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMANegeri Sembilan

Baik Pulih Landasan Keretapi Seremban ke Port Dickson di Peringkat Kajian – Anthony Loke

By 23 Januari 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noorshazana Shaadan (Port Dickson)/Syamsul Azwan Syamsul Kamar (Pejabat Daerah Port Dickson)

PORT DICKSON, 23 Jan (Malaysiaaktif) – Kementerian Pengangkutan masih mengkaji cadangan membaik pulih landasan kereta api antara Seremban ke Port Dickson.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, berkata usaha untuk menghidupkan semula landasan kereta api tersebut masih peringkat kajian untuk melihat sejauh mana ia boleh dilaksanakan.

“Saya difahamkan sebahagian jajaran itu masih boleh digunakan dan ada sebahagian tidak sesuai untuk digunakan lagi.

“Namun begitu, kita akan lihat dan kaji kebolehlaksanaan projek landasan kereta api antara Seremban ke Port Dickson ini,” katanya selepas merasmikan Malam Perpaduan Dan Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Bazar Tahun Baru Cina Tahun 2020 di Lukut, di sini, pada Selasa.

Menurut Anthony lagi, pihaknya tidak mahu membuat apa-apa pengumuman lagi kerana perkara ini masih di awal kajian.

Mengulas mengenai isu laluan kecemasan di musim perayaan, beliau berkata orang ramai digalakkan menggunakan pengangkutan awam bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas dan mengalu-alukan pengguna jalan raya untuk melaporkan maklumat tentang kesalahan lalu lintas yang dilakukan oleh pengguna jalan raya yang lain.

Beliau turut berkesempatan menyampaikan sumbangan kit Jabatan Keselamatan Jalan Raya sempena Kempen Keselamatan Jalan Raya.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perpaduan, Penerangan dan Integrasi Nasional Negeri Sembilan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Lukut, Choo Ken Hwa.

-AK

Tinggalkan komen anda