Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

Bomba Sukarela Dekati Komuniti Dengan Program Fun Walk

By 5 Januari 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/ foto: Mawarni Ismail (Daerah Barat Daya)

 

PULAU BETONG, 5 Jan (Malaysiaaktif) – Program Fun Walk/ Fun Run Ambang Tahun 2020 Kampung Pulau Betong telah diadakan bertempat di Sekolah Tan Sri Awang Had Salleh di sini semalam.

Program yang dianjurkan oleh Bomba Sukerela Kampung Pulau Betong dengan kerjasama MPKK Kampung Pulau Betong itu diadakan bertujuan untuk mengutip dana bagi melancarkan pentadbiran Bomba Sukarela Pulau Betong di samping mendekatkan agensi tersebut dengan masyarakat setempat.

Di antara jentera bomba sedia ada yg dipamerkan

Di antara jentera bomba sedia ada yg dipamerkan

Program sejauh 5 km itu disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat dan menarik lebih 500 penyertaan. Ia turut dimeriahkan lagi dengan pelbagai aktiviti antaranya zumba, pameran kenderaan penyelamat Bomba, jualan makanan & pakaian, selfie kreatif dan cabutan bertuah kepada yang berjaya menghabiskan 5 km tersebut.

Turut sama hadir di majlis tersebut ialah Penghulu Kanan KADUN Pulau Betong, Mohd. Farook Varusai Mohd, Ketua Balai Bomba Seri Balik Pulau, Rosli Bin Ibrahim, Timbalan Penguasa Balai Bomba Bayan Baru, Mohd. Ridzuan Bin Nat Jamuddin,  dan Pengerusi Bomba Sukarela Pulau Betong, Zainol Bin Abu Hassan yang hadir menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Di antara peserta

Di antara peserta

Peserta yang ditemui Nor, 35 tahun, berkata beliau amat gembira menyertai program tersebut kerana di samping dapat meluangkan masa beriadah bersama rakan-rakan, beliau juga dapat menerokai keindahan Kampung Pulau Betong yang sebelum ini tidak diketahuinya.

Farook dalam ucapan perasmian mewakili Pegawai Daerah berkata beliau berkata amat gembira dengan penyertaan dan kemeriahan program pada pagi tersebut dan berjanji akan memanjangkan agar Bomba Sukarela Pulau Betong mempunyai tapak rasmi sebagai lokasi pentadbiran dan operasi yang lebih sesuai dan selesa.

II

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda