Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

Pertandingan Mewarna Eratkan Perpaduan

By 5 Januari 2020Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/ foto: Mastura Binti Mohamed Rowther (Daerah Timur Laut)

 

BAYAN BARU, 5 Jan (Malaysiaaktif) – Pertandingan Mewarna Untuk Kebahagiaan Dunia telah dilaksanakan bertempat di Banquet Hall, Sunshine Bayan Baru. Program ini telah dianjurkan oleh Majlis Perundingan Muhibbah Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Sunshine Wholesale Mart Sendirian Berhad.

Program ini dirasmikan oleh isteri kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Puan Tan Lean Kee dan turut hadir bersama ialah Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Mohd Ali Bin Sebran.

Di antara peserta yang menyertai pertandingan

Di antara peserta yang menyertai pertandingan

Seramai 200 orang kanak-kanak dari pelbagai lapisan masyarakat telah terlibat dalam menjayakan program ini.

Program ini juga merupakan acara tahunan Majlis Perundingan Muhibbah Negeri Pulau Pinang.

Sesi bergambar bersama pemenang

Sesi bergambar bersama pemenang

Tujuan pelaksanaan program adalah untuk mencungkil bakat kanak-kanak dan mendedahkan kanak-kanak kepada aktiviti yang berunsurkan pertandingan serta menjalinkan kerjasama dan memupuk semangat perpaduan di kalangan peserta yang terlibat. Selain itu, program seperti ini juga memberi peluang kepada kanak-kanak menonjolkan bakat dan potensi diri dalam menghasilkan karya berdasarkan kreativiti sendiri.

-II-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda