Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Daerah Kulai Bakal Miliki Masjid Sendiri

By 29 Januari 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Shah Hood/Pejabat Kadi Daerah Kulai (Kulai)

KULAI, 29 Jan (Malaysiaaktif) – Berita gembira buat penduduk daerah Kulai apabila mereka bakal memiliki masjid sendiri selepas Menteri Besar Johor Datuk Dr. Sahruddin Jamal, melancarkan tabung pembinaan masjid tersebut sempena lawatan kerja rasmi beliau ke daerah itu, semalam.

Masjid ini akan dibina di atas tanah berkeluasan sembilan ekar yang terletak di Bandar Putra, Kulai dengan membabitkan kos berjumlah RM30 juta di mana 20 peratus kos merupakan sumbangan dari masyarakat, 30 peratus dari kerajaan negeri manakala 50 peratus lagi dari kerajaan persekutuan.

Tapak pembinaan Masjid Daerah di Bandar Putra, Kulai.

Tapak pembinaan Masjid Daerah di Bandar Putra, Kulai.

Dr. Sahruddin berharap tabung pembinaan masjid yang dilancarkan ini dapat mencapai sasaran di mana sumbangan masyarakat amat diperlukan dan pihak kerajaan persekutuan akan memberi selebihnya agar pembinaan masjid ini dapat dilaksanakan segera.

Pegawai Daerah Kulai, Mohd Khir Johari Salleh berkata, setakat hari ini, daerah Kulai masih belum mempunyai masjid daerah sendiri.

“Saya usahakan untuk kita bangunkan masjid ini dan semoga dengan pelancaran tabung ini oleh Menteri Besar kita, dapat menjadi pembakar semangat kepada orang ramai untuk menyalurkan derma dan bersama-sama membangunkan masjid daerah ini.

Dr Sahruddin Jamal Di Tapak Pelancaran Tabung Pembinaan Masjid Daerah Kulai.

Dr Sahruddin Jamal Di Tapak Pelancaran Tabung Pembinaan Masjid Daerah Kulai.

“Alhamdulillah, sebaik sahaja pelancaran oleh Menteri Besar pada hari ini, kita telah berjaya mengutip sumbangan sebanyak RM200,000 untuk dana masjid yang akan dibina di tanah seluas sembilan ekar,” katanya kepada wartawan pada sidang media selepas mengadakan lawatan di Pusat Informasi Diabetis Kospen di Taman Pancasila.

Sementara itu Penghulu Mukim Sedenak Hamdan Yahya, berkata dengan pembinaan masjid ini kelak secara tidak langsung akan dapat menampung jumlah jemaah di mana sekarang masjid sedia ada di kawasan Bandar Putra tidak dapat menampung jumlah yang hadir.

“Pembinaan masjid daerah ini adalah tepat pada masanya, memandangkan kawasan yang bakal menjadi lokasinya nanti akan dikelilingi pembangunan yang pesat,” katanya.

Penghulu Mukim Sedenak, Hamdan Yahya (tengah) menzahirkan rasa gembira apabila Daerah Kulai bakal mempunyai masjid daerah.

Penghulu Mukim Sedenak, Hamdan Yahya (tengah) menzahirkan rasa gembira apabila Daerah Kulai bakal mempunyai masjid daerah.

Sebelum itu, Dr. Sharuddin Jamal telah diberi taklimat oleh Pegawai Daerah Kulai, Mohd Khir Johari Salleh di Pejabat Daerah Kulai sebelum mengadakan lawatan meninjau dan memantau projek-projek pembangunan yang sedang dilaksanakan.
-NI-

Tinggalkan komen anda