
Laporan/Foto : Noriham Ahmad (Pasir Mas)
PASIR MAS, 28 Jan(Malaysiaaktif) â Program rangsangan digital berjumlah RM450 juta yang telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan dalam Belanjawan 2020 telah dilancarkan pada 15 Januari lalu, insentif e-Tunai Rakyat ini dilaksanakan selaras dengan hasrat kerajaan yang mahukan pengguna dan peniaga tempatan menggunakan sistem pembayaran digital dalam urusniaga terutama dalam sektor peruncitan.
Selaras dengan perkembangan teknologi digital dalam Negara masa kini, diharap dengan pelaksanaan e-Dompet ini akan merancakkan lagi perkembangan ekonomi tempatan.
Dijangka sebanyak 15 juta rakyat akan menerima insentif dari e-Dompet ini melalui tiga jenis aplikasi iaitu TouchânGo eWallet, Grab dan Boost.
Program ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia berusia sekurang-kurangnya lapan belas (18) tahun pada 31.12.2020. Setelah tuntutan diluluskan, pemohon yang layak akan menerima pembayaran RM30 secara âone-offâ dan akan dikreditkan ke akaun e-Wallet pemohon hanya dalam tempoh lima (5) hari.
Menurut pemohon e-Tunai Rakyat, Aqillah Abd Rahman, 25 dari Kampung Tendong, Pasir Mas, pelajar sarjana, IPTA Awam di Pulau Pinang, beliau tidak menghadapi kesukaran sewaktu mengisi permohonan dalam talian e-Dompet tersebut.
âPihak pentadbiran e-Dompet telah memaklumkan permohonannya diluluskan hanya dalam masa setengah sejam sahaja, sebagai seorang pelajar wang tersebut telah digunakan untuk perbelanjaan keperluan barangan pembelajaran di universiti,âkatanya lagi.
Manakala bagi Anis Ayuni Abd Rahman, 22 tahun penuntut Universiti Islam Antarabangsa Gombak, pada awalnya beliau menjangka permohonan e-Dompetnya tidak diterima kerana tidak mendapat sebarang maklumbalas berhubung permohonan dalam talian yang diisi, tetapi setelah tiga hari, beliau menerima berita gembira yang permohonan e-Dompetnya telah diluluskan dan telah dikreditkan ke dalam akaun e-Dompetnya.
Berhubung data pribadi pemohon akan disalah guna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, menurut Anis Ayuni yang merupakan pelajar jurusan undang- undang, tidak bimbang kerana yakin dengan undang-undang yang digubal oleh kerajaan melalui Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
Golongan belia ini ditemu bual sempena program âInfo On Wheelâ, kakitangan Pejabat Penerangan Pasir Mas di sekitar bandar Pasir Mas.
-NAZ