Laporan/Foto: Wee Kim Been (Kota Bharu)
KOTA BHARU, 6 Jan (Malaysiaaktif) â Jawatan akauntan merupakan jawatan penting dalam sesebuah organisasi syarikat sama ada yang bertaraf multinasional atau sebuah syarikat yang kecil dan seseorang akauntan itu harus berperanan dalam merancang pelan kewangan organisasi agar menjadi lebih baik dan teratur pelaksanaannya.
Profesion akauntan perlukan seseorang memiliki kemahiran tinggi di bidang ilmu matematik selain berkemampuan menganalisa dan membandingkan fakta serta nombor bagi membuat sesuatu keputusan terbaik berdasarkan pengetahuan ilmu kemahiran akauntan tersebut.
Banyak sektor seperti perniagaan, perkhidmatan, pembinaan, agensi kerajaan dan pertanian komersial amat memerlukan kepakaran akuantan. Ini memberi ruang kepada Sekolah Perdagangan Dian (DIAN), Jalan Kebun Sultan, Kota Bharu untuk membuka peluang kepada golongan belia yang ingin mendalami ilmu bidang perakaunan.
Pengasas DIAN, Madam Gan Peck Chin, 53, yang merupakan anak jati kelahiran Kelantan telah berusaha dengan penuh gigih untuk membangunkan dan memajukan DIAN agar mampu menjadi sebuah institusi yang ulung melahirkan individu pakar dalam bidang perakaunan.
Kini beliau dapat menarik nafas lega berkat hasil usaha gigih selama 19 tahun, DIAN telah mampu melahirkan ratusan pelajar mahir di bidang perakaunan.
âHal ini amat bertepatan dengan seruan kerajaan untuk menambah jumlah graduan mahir dalam bidang akauntan bagi membantu mentransformasikan negara kita menjadi sebuah negara maju,â kata Gan Peck Chin.
âDIAN telah mewujudkan peluang pekerjaan kepada golongan siswazah yang menganggur dan kini mempunyai tujuh tenaga pengajar tetap dan empat tenaga pengajar separuh masa dan secara purata pendapatan bulanan saya hampir RM 18,000 sebulan,â ujarnya yang turut berbangga dengan hasil usaha selama ini.
Menurut Siti Nor Asmiza Mat Ghani, 37, salah seorang tenaga pengajar di DIAN berpendapat jika seseorang memiliki ilmu dalam bidang perakaunan, secara tidak langsung mereka telah mempunyai ilmu pengendalian kewangan perniagaan dan sekiranya mereka memulakan perniagaan sendiri, mereka juga mampu membuat pengiraan gaji, keuntungan dan kerugian.
Chin Wei Sim, 20, yang sedang mengikuti kursus Diploma Kelayakan Antarabangsa Dewan Perniagaan dan Industri London (LCCI) bercita – cita ingin menjadi seorang akauntan yang bertauliah suatu hari nanti, berpendapat bahawa pelajar jurusan perakaunan harus bijak membawa diri menerokai dunia pekerjaan kelak, lebih-lebih lagi pihak industri memerlukan akauntan yang berpengalaman dalam pelbagai aspek dan bukan akademik semata – mata.
âAkauntan yang serba boleh mampu memberi impak positif terhadap ekonomi negara yang semakin pesat membangun malah membuka peluang kerjaya yang luas kepada graduan bidang akauntan ini,â tambah Chin Wei Sim lagi.
Suntikan Skim Pinjaman Mikro Kredit (SPMK) sebanyak RM 12,000 oleh kerajaan melalui Bank Simpanan Nasional banyak membantu DIAN yang dibuka pada tahun 2001. DIAN turut menawarkan Diploma LCCI, SPM Prinsip Akaun, âBook Keeping Servicesâ, âAccounting Softwareâ, âEnglish/Mandrin Class for adultâ serta kursus-kursus berkaitan yang lain.
– NAZ –