Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Karnival Rakyat Machang Bubuk Platform Dekati Masyarakat

By 13 Januari 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto: Halimah Abdul Ghani/ Ariza Mohamed Zaki (Seberang Perai Tengah)

BUKIT MERTAJAM, 13 Jan (Malaysiaaktif) – Bertempat di SJK (C) Kay Sin telah berlangsung dengan jayanya Program Karnival Rakyat Machang Bubuk yang merupakan inisiatif Pejabat ADUN Machang Bubuk dan ianya adalah program tahunan yang dilaksanakan dalam menyantuni masyarakat setempat.

Pengisian program yang padat sepanjang hari bermula dari pagi hingga ke malam itu ternyata menarik masyarakat untuk sama-sama memeriahkan acara. Pelbagai aktiviti dilaksanakan antaranya, Pameran Foto, Pertandingan Foto Run, Pertandingan Bola Sepak Piala Lee Khai Loon, Seminar Pembangunan dan Penciptaan Ekonomi di Kampung Baru, Permainan Tradisional, Sudut Bercerita dan Membaca, Bengkel Kraftangan Tahun Baru Cina, Seni Kaligrafi, Pertunjukan Memadam Api di Balai Bomba Sukarela, Program Penang Sihat, Persembahan Tarian Singa, Seminar Pelancongan dan Bengkel DIY Kostum Tarian Singa.

Antara pengunjung yang singgah untuk mendapatkan bahan penerbitan serta maklumat di meja pameran

Antara pengunjung yang singgah untuk mendapatkan bahan penerbitan serta maklumat di meja pameran

Encik Tan, 41, yang ditemui menyatakan bahawa program ini amat menarik dan wajar diteruskan di masa hadapan. Ini kerana ianya banyak memberi manfaat kepada masyarakat. Sebagai contoh, saringan kesihatan, pemeriksaan gigi secara percuma, khidmat nasihat mengenai ubat-ubatan oleh Bahagian Farmasi dari Jabatan Kesihatan dan sebagainya. Selain itu, ianya juga dapat meningkatkan semangat muhibah di kalangan masyarakat berbilang kaum.

Salah seorang pengunjung yang sedang membuat imbasan QR kod Facebook Jabatan Penerangan Pulau Pinang

Salah seorang pengunjung yang sedang membuat imbasan QR kod Facebook Jabatan Penerangan Pulau Pinang

Pejabat Penerangan Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) juga telah mengambil kesempatan mengedarkan bahan-bahan penerbitan jabatan serta memberi info ringkas berkaitan kempen-kempen kerajaan seperti PekaB40, MySalam dan sebagainya kepada khalayak. Selain itu, petugas dari Pejabat Penerangan Daerah SPT juga turut mempromosikan kempen mengimbas kod QR bagi mengakses ke Laman Sosial Facebook Jabatan Penerangan Pulau Pinang. Pengunjung pameran begitu teruja untuk membuat imbasan QR kod dan ada yang terus mengeluarkan telefon bimbit tanpa diminta apabila melihat iklan yang diletakkan di meja pameran.

-ii-

Tinggalkan komen anda