Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMANegeri Sembilan

Kelab Malaysiaku Pemangkin Semangat Cintakan Negara

By 3 Januari 2020Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Hasrulazlinda Hassan/Ahmad Fitri Jasni (Kuala Pilah)

KUALA PILAH, 3 Jan (Malaysiaaktif) ā€“ Sesi persekolahan 2020 telah bermula semalam dan beberapa sekolah telah melaksanakan Mesyuarat Agong Pemilihan Pemimpin Kelab Malaysiaku serta persatuan di sekolah dan tidak terkecuali Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Senaling, di sini hari ini.

Menurut Guru Penyelaras Kelab Malaysiaku SMK Senaling, Nor Azhana Ramli, terdapat peningkatan dalamĀ  kalangan pelajar yang ingin menyertai Kelab Malaysiaku tahun ini.

ā€œIni menunjukkan bahawa aktiviti yang dijalankan berjaya menarik minat pelajar untuk menyertai kelab ini. Antara aktiviti yang dijalankan, Amalan Demokrasi Berparlimen, Kembara Kelab dan Wacana Kemerdekaan,ā€ ujarnya.

WhatsApp Image 2020-01-03 at 17.03.21

Kunjungan ramah mesra bersama Pengetua SMK Senaling.

Kelab Malaysiaku di bawah naungan Jabatan Penerangan ini juga berperanan untuk memupuk semangat cintakan negara dalam kalangan pelajar kerana merekalah yang akan menerajui negara pada masa hadapan.

Menurut Pengetua SMK Senaling, Zahari Datuk Wira Long, kerjasama bersama Jabatan Penerangan khususnya Pejabat Penerangan Daerah Kuala Pilah amatlah dihargai kerana sedikit sebanyak aktiviti-aktiviti yang dijalankan banyak dibantu secara bersama oleh kakitangan jabatan.

ā€œSMK Senaling ini dikategorikan sebagai sekolah luar bandar yang mana kapasiti pelajarnya adalah seramai 250 orang sahaja dari tingkatan satu hingga tingkatan lima dengan sebuah kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dengan kekuatan guru-gurunya seramai 31 orang.

“Pestasi pelajarnya meningkat dari tahun ke tahun dan mempamerkan keputusan peperiksaan yang memberangsangkan,ā€ katanya.

-AK

Tinggalkan komen anda