
Laporan/ foto: Taufiq Firdaus Md. Nor (Besut) / Media MB Terengganu)
BESUT, 23 Jan (Malaysiaaktif) â âNegara Rahmah, Ummah Sejahteraâ merupakan slogan bagi Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman 1441 H/2020M yang telah berlangsung di Dewan Merdeka, Kota Putera Square Besut Terengganu, baru-baru ini.
Dalam ucapan aluan Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Mohd Zahari Md. Azahar berkata, “Pada tahun ini, daerah Besut telah mendapat giliran selaku tuan rumah bagi Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Negeri Terengganu buat kali ke tujuh di mana sebelum ini telah dilaksanakan pada tahun 1979.”

Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Datuk Mohd Zahari Md. Azahar ketika menyampaikan ucapan aluan
Beliau turut mengalu-alukan penyertaan semua Qari dan Qariah seramai 17 orang terdiri dari sembilan Qari dan lapan Qariah yang bermula pada 21 sehingga 23 Januari 2020.
Mohd Zahari selaku Pengerusi Bersama Jawatankuasa Induk Majlis Tilawah dan Menghafaz Al Quran Peringkat Negeri Terengganu berkata, “Johan Qari dan Qariah bagi Majlis Tilawah Peringkat Negeri ini akan mewakili Terengganu dalam majlis Tilawah dan Menghafaz AL Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1441H/2020M yang akan berlangsung pada 13 Februari 2020 sehingga 21 Februari 2020 di Sabah International Centre Kota Kinabalu Sabah.”

Ketua-ketua jabatan dan orang ramai yang hadir ke Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman 1441 H/ 2020M
Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri Mohktar berkata, Majlis Tilawah Al Quran ini adalah acara tahunan yang dianjurkan oleh kerajaan negeri Terengganu dan ianya telah menjangkau usia 63 tahun. Buat julung kalinya majlis tilawah Al Quran Peringkat Negeri Terengganu telah diadakan pada tahun 1960 di Padang Paya Bunga Kuala Terengganu. Menurut Ahmad Samsuri juga, pihak kerajaan amat komited untuk memartabatkan program-program berkaitan AL Quran di negeri ini ke arah melahirkan generasi Al Quran yang bertaqwa kepada Allah.
“Sehubungan dengan itu, kerajaan negeri melalui bajet 2020, telah meneruskan peruntukan Skim Hafazan Al Quran dewasa terbuka yang telah dijalankan sejak tahun 1982 lagi. Di samping itu, sebanyak RM 7.85 juta diperuntukkan di bawah Skim Musâab Bin Umair sebagai pembayaran elaun guru pintar quran. Manakala RM 5 juta pula diperuntukkan untuk pembinaan Kolej Universiti Al Quran. Selain itu, pihak kerajaan juga akan mewujudkan pusat pengajian tahfiz mandarin dan melancarkan program kembara menghayati Al Quran bersama Daâie,” ulasnya ketika merasmikan Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman 1441H/2020M.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mohktar ketika merasmikan Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman 1441 H/2020M
Pembukaan majlis perasmian telah disajikan dengan persembahan sajak yang bertajuk âDi hadapan Al Quranâ karya Kemala yang telah disampaikan oleh saudara Mohd Anuar Bin Mohd Sidek dari SUKTRA Terengganu. Kemudian disusuli dengan Persembahan Nasyid dari Kumpulan SUKTRA yang bertajuk âAl Quranâ. Majlis malam tadi juga diimarahkan dengan kehadiran orang ramai yang mencecah hampir 2000 orang yang terdiri daripada penduduk setempat dan kawasan sekitar.

Kehadiran orang ramai dan pelajar institusi keagamaan yang turut hadir ke Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman 1441 H/ 2020M
Turut dihadiri Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri , Ahli-Ahli Parlimen, Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan Negeri, Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri serta orang ramai.
-ii-