Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Penerangan Kuantan Turun Padang Perjelas Isu Wabak Coronavirus

By 30 Januari 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto: Hafiz Khairon/Rohani Saad/Umardani Othman (Kuantan)

KUANTAN, 30 Jan (Malaysiaaktif) – Bagi mengelakkan kerisauan dan panik di kalangan orang ramai, Pejabat Penerangan Kuantan mengambil inisiatif “turun padang” membuat hebahan yunit bergerak dan mengedarkan risalah berkaitan langkah-langkah pencegahan jangkitan wabak Coronavirus yang melanda Wilayah Wuhan baru-baru ini.WhatsApp Image 2020-01-30 at 11.55.27

Pegawai Penerangan Daerah Kuantan Zayana Zahira Mohd Isa berkata, pendekatan yang dibawa oleh Jabatan Penerangan Malaysia ini merupakan langkah yang efektif bagi memberi penjelasan kepada orang ramai mengenai virus yang turut melanda beberapa negara lain di dunia termasuk Malaysia.

“Kita turut mendapat respon daripada orang ramai mengenai kebimbangan mereka dalam isu ini, namun melalui penjelasan dan penerangan yang diberikan terutama mengenai langkah-langkah penjagaan diri dan pencegahan daripada dijangkiti wabak ini sedikit sebanyak dapat memberikan kesedaran kepada mereka,” katanya ketika membuat edaran bahan penerbitan di sekitar daerah Kuantan, semalam.WhatsApp Image 2020-01-30 at 11.55.33

Tambahnya, langkah ini juga dapat mendekatkan lagi hubungan jabatan dengan masyarakat setempat di samping mendengar suara dan pendapat orang ramai mengenai sesuatu isu.

Beliau turut memaklumkan mengenai perancangan untuk bekerjasama dengan Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan bagi mempergiatkan lagi usaha memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai wabak ini.

Hasil tinjauan juga mendapati kebanyakan topeng muka dan pencuci tangan kehabisan stok di beberapa buah farmasi dan kedai ubat di daerah Kuantan.WhatsApp Image 2020-01-30 at 11.55.30

-KN

Tinggalkan komen anda