Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Geran Orang Lokal Bantu Usahawan Lonjakkan Perniagaan

By 30 Januari 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Latifah Salleh/Nurezzaty Razimi (Muar)

MUAR, 30 Jan (Malaysiaaktif) – Bidang keusahawanan kini menjadi kerjaya pilihan rakyat Malaysia tidak mengira peringkat usia di mana ramai yang berlumba-lumba untuk mencubanya dan bergelar usahawan yang berjaya.

Namun begitu bagi golongan yang berkemampuan, modal bukan merupakan masalah untuk mereka terus menceburi bidang keusahawanan tetapi bagi yang kurang berkemampuan ia merupakan satu penghalang untuk mereka terus bergiat dalam bidang ini.

Justeru itu, Kerajaan Negeri Johor telah merangka inisiatif bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan modal disamping menambahkan pendapatan mereka, antaranya dengan pemberian geran dan pinjaman perniagaan yang ditawarkan oleh pihak kerajaan negeri untuk para usahawan yang ingin memulakan serta mengembangkan perniagaan mereka di mana bantuan tersebut akan diberikan terus kepada para peniaga yang memohon dan dipersetujui oleh kerajaan negeri.

Parwathy Manikam gembira dengan bantuan yang diterima yang secara tidak langsung dapat membantu mengembangkan lagi perniagaan yang sedia ada.

Parwathy Manikam gembira dengan bantuan yang diterima yang secara tidak langsung dapat membantu mengembangkan lagi perniagaan yang sedia ada.

“Di Muar, semua penerima yang berjaya hingga ke peringkat akhir akan menerima manfaat daripada program ini  dalam bentuk bantuan peralatan atau mesin.

“Terdapat seramai 207 pemohon yang telah memohon manakala 65 pemohon berjaya ke peringkat sesi temuduga dan 34 pemohon berjaya lulus di peringkat akhir,” ujar Pegawai Daerah Muar Dato’ Mohd Hafiz Ahmad dalam ucapan perasmian di Majlis Penyerahan Geran orang Lokal (GOL), di sini.

“Saya berharap agar usahawan yang berjaya menerima bantuan geran orang local (GOL) dapat menggunakan peluang yang diberikan ini sebaik mungkin,” ujarnya lagi.

Marina Musa bersyukur dengan bantuan Geran Orang Lokal (GOL) yang diterimanya.

Marina Musa (dua dari kiri) bersyukur dengan bantuan Geran Orang Lokal (GOL) yang diterimanya.

Bantuan yang diterima adalah dalam bentuk bantuan peralatan, mesin, reka bentuk, pelabelan, pembungkusan dan pendaftaran harta intelek dalam membangunkan e-dagang berkaitan pendigitilan yang bertaraf mikro.

Marina Musa, 38, berkata “saya berasa amat bersyukur kerana diberi peluang untuk memohon pada peringkat awal dan akhirnya rezeki berpihak pada saya apabila berjaya dalam sesi temuduga.”

Penerima bantuan Geran Orang Lokal (GOL).

Penerima bantuan Geran Orang Lokal (GOL).

Parwathy Manikam, 45, berkata bantuan seperti ini merupakan platform terbaik dalam membantu para peniaga seperti mereka untuk  mengembangkan lagi perniagaan yang sedia ada.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Maharani Norhayati Bachok.

-NI-

Tinggalkan komen anda