Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Warga Emas Digalak Sertai Program Fardu Kifayah – Peridah

By 29 Januari 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Salleh Immun (Sarawak)

SRI AMAN, 29 Jan (Malaysiaaktif) – Seramai 30 peserta dari Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Lingga Sri Aman sertai Program Ilmu Fardu Kifayah Pengurusan Jenazah anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat Sri Aman bertujuan membudayakan nilai kerohanian dan nilai moral dalam diri.

Menurut Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat Bahagian Sri Aman Peridah Saili, program ini merupakan salah satu inisiatif yang telah dirancang oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi menggalakkan penglibatan warga emas sepenuhnya dalam aktiviti yang dilaksanakan.

“Melalui Unit Pembangunan Warga Emas, Program Ilmu Fardu Kifayah Pengurusan Jenazah yang dianjurkan ini mampu memupuk minat dalam diri warga emas untuk turut serta bagi mendapatkan pendedahan langsung tatacara ilmu pengurusan jenazah yang betul mengikut syariat Islam,” katanya yang ditemui sempena program, di sini baru-baru ini.

Peridah berkata program yang dilaksanakan ini secara langsung dapat menyemai nilai-nilai murni yang ada dalam diri warga emas khususnya kebolehan mengurus dan berkomunikasi dengan baik melibatkan komuniti setempat.

“Melalui program ini para peserta dapat menimba ilmu dan pengetahuan bukan hanya pada teori semata-mata malahan juga praktikal yang akan menjadi satu kemahiran sepanjang hayat,” katanya lagi.

Beliau turut berharap agar warga emas yang tinggal berdekatan dengan PAWE Lingga Sri Aman ini dapat menyertai program-program yang dianjurkan oleh JKM pada masa akan datang.

-SH

Tinggalkan komen anda