Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

IOW Komited Salur Maklumat kepada Orang Ramai

By 19 Februari 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto: Mohd Muhaimin Amran (Jasin)

BEMBAN, 19 Feb (Malaysiaaktif) – Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban berlangsung dalam suasana meriah apabila kira-kira lebih 800 masyarakat hadir dalam majlis tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bemban, Datuk Dr. Wong Fort Pin berkata, walaupun majlis ini diadakan secara sederhana, namun kehadiran pelbagai lapisan masyarakat serta pemimpin setempat memeriahkan suasana sambutan walaupun pada ketika ini negara sedang menghadapi wabak Novel Corona Virus (Covid-19).

“Sambutan pada kali ini telah memberi sedikit kelainan dengan hebahan umum ‘Info On Wheels’ (IOW) oleh Jabatan Penerangan Malaysia Daerah Jasin kepada semua yang hadir tentang langkah penjagaan diri daripada Covid-19 serta dasar kerajaan kepada semua yang hadir.

“Penglibatan semua pihak terutama Jabatan Penerangan telah membuka ruang kepada pemimpin dan masyarakat untuk menjalinkan hubungan erat serta bertanya khabar, selain menerima maklumat sahih dan tepat secara terus dan mengingatkan kepada masyarakat agar sentiasa menitik beratkan soal kesihatan diri susulan wabak Covid-19,”ujarnya.

Hadir sama pada majlis itu, Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong, Penyelaras Parlimen Jasin Datuk Seri Khairuddin Abu Hasan, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kota Laksamana, Low Chee Leong serta Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kesidang, Allex Seah Shoo Chin.WhatsApp Image 2020-02-19 at 10.12.45

-KN

Tinggalkan komen anda