Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

 JaPen Turun Padang Beri Penerangan Inisiatif e-Tunai Rakyat

By 7 Februari 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Jamilah Sulaiman Nasution (Seremban)/Mohd Khairulnizam Mohd. Yunus (Negeri Sembilan)

SEREMBAN, 7 Feb (Malaysiaaktif) – Inisiatif e-Tunai Rakyat dibentuk bagi menggalakkan budaya perbelanjaan digital disambut baik oleh rakyat sejak mula dilancarkan 15 Januari lalu.

Bagi menyebarluaskan inisiatif ini Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) melalui Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) telah memainkan peranan melalui program Info on Wheels (IoW) yang dihadiri oleh Menterinya Gobind Singh Deo, di Pasar Besar Seremban, di sini semalam.

“Dalam usaha ini JaPen telah memberi penerangan dan panduan kepada warganegara berumur 18 tahun ke atas yang memperoleh pendapatan kurang daripada RM100,000 setahun, untuk menuntut manfaat sebanyak RM30 ini melalui salah satu daripada tiga pengendali aplikasi e-dompet yang terpilih iaitu Grab, Boost dan Touch ‘n Go,” katanya ketika ditemui pemberita.

Zabedah Zakaria, salah seorang peniaga di sini mendapati pendekatan bersemuka yang diambil oleh JaPen amat baik dan mudah diterima oleh seluruh lapisan masyarakat.

WhatsApp Image 2020-02-07 at 10.09.05

Petugas JaPen memberi penerangan kepada orang awam.

“Saya percaya orang ramai akan merasa tersentuh apabila pemimpin sendiri yang datang kepada mereka dan menerangkan mengenai inisiatif ini serta mereka akan lebih yakin dan percaya dengan pendekatan bersemuka daripada apa yang dibaca di media sosial,” ujarnya.

Tambahnya lagi, pendekatan ini perlu diteruskan agar orang ramai terutamanya golongan berusia yang tidak arif dengan teknologi turut merasai manfaat yang diberikan ini.

Bagi Irni Irdawati pula, beliau mendapati program ini sangat membantu dari segi permohonan inisiatif tersebut.

“Dengan panduan yang diberikan oleh para petugas, pada hari ini saya telah berjaya menuntut manfaat ini selain mendapat pelbagai maklumat mengenai e-Tunai Rakyat ini dan wang yang telah berjaya dikreditkan ini saya akan gunakan untuk membeli keperluan yang sepatutnya,” katanya.

Dalam pada itu, petugas JaPen, Daniel Jong, bekata kelebihan pihak JaPen menerangkan inisiatif kerajaan dalam pelbagai bahasa menjadikan program ini lebih mudah difahami dan dekat dengan rakyat.

Turut hadir, Timbalan Menteri KKMM Datuk Eddin Shazlee Shith, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN), Ketua Pengarah Penerangan Malaysia, Roselindawati Abdul Rahman serta Pemimpin Komuniti Harapan Malaysia (KHM) setempat.

-AK

Tinggalkan komen anda