Skip to main content
Berita TengahPutrajaya

Koronavirus: Filipina Mungkin Tangguh Sukan Paralimpik ASEAN

By 7 Februari 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto : Ihsan BERNAMA

PUTRAJAYA, 7 Feb (Malaysiaaktif) – Filipina mungkin menangguhkan penganjuran Sukan Paralimpik ASEAN ke-10Ā (APG) buat kali kedua susulan penularan jangkitan novel koronavirus 2019 (2019-nCoV).

Suruhanjaya Sukan FilipinaĀ (PSC) telah mencadangkan kepada Jawatankuasa Paralimpik FilipinaĀ (PPC) untuk menjadualkan semula APG ke tarikh seterusnya, selepas menangguhkan temasya dua tahun sekali itu dariĀ Januari kepada 20 hingga 28 Mac, susulan kekangan kewangan dan logistik.

“Acara yang diuruskan PSC seperti Sidang Kemuncak Sukan Nasional 2020, Sukan Nasional Filipina, Sukan Kanak-Kanak, Batang Pinoy (Sukan RemajaĀ Filipina) dan aktiviti lain telah ditangguhkan bagi tempoh yang tidak pasti sebagai satu langkah keselamatan susulan penularan jangkitan 2019-nCoV.

ā€œAgensi sukan turut memberikan saranan rasmi untuk menangguhkan APG 2020 susulan krisis kesihatan itu.

ā€œIni secara rasmi telah diumumkan semasa sidang akhbar hari ini di Koliseum Peringatan Rizal,Ā Manila,ā€ menurut nasihat yang disiarkan di halaman Facebook PSC semalam.

CNNF melaporkan bahawa keputusan akhir, bagaimanapun, akan diambil oleh PPC keranaĀ Presidennya, Mike Barredo, dijangka bertemu dengan Persekutuan Sukan ParalimpikĀ ASEANĀ (APSF) diĀ Bangkok, Thailand pada Jumaat bagi membincangkan tindakan yang bakal diambil, iaitu kemungkinan menangguhkanĀ APG sehingga Mei atau Jun.

Kerajaan Filipina telah mengharamkan semua pelancong dari China, Hong Kong danĀ Macau memasuki negara itu susulan penularan virus tersebut.

Angka korban meningkat melebihi 560 manakala lebih 28,000 orang, kebanyakannya di China, telah dijangkiti virus berbahaya itu.

Di Malaysia 14 orang termasuk 10 rakyat China didapati positif virus itu.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda