Skip to main content
Berita TengahHomePutrajaya

Perarakan Pedati Perak Thaipusam Bermula Khamis Ini di Kuil Sri Maha Mariamman

By 5 Februari 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto : Gambar Fail

PUTRAJAYA, 5 Feb (Malaysiaaktif) – Perarakan pedati perak membawa arca Dewa Murugan sempena perayaan Thaipusam akan bermula dari Kuil Sri Maha Mariamman, Jalan Tun HS Lee, di sini pada 10 malam Khamis ini dan dijangka sampai di Batu Caves pada 3 petang Jumaat.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Zulkefly Yahya berkata susulan itu, penutupan jalan akan dilakukan secara berperingkat mengikut pergerakan perarakan perayaan Thaipusam dan akan dibuka semula selepas perarakan melalui jalan berkenaan.

“Perarakan itu akan melalui Jalan Tun H.S. Lee; Jalan Sultan; Jalan Pudu; Jalan Tun Perak; Jalan Leboh Ampang; Jalan Ampang; Jalan Munshi Abdullah; Jalan Dang Wangi; Jalan Raja Laut; Jalan Ipoh; Jalan Perhentian; Jalan Ipoh; Jalan Ipoh Batu 5; dan Batu Caves.

“Perarakan kembali pula bermula pada 4 petang Ahad dari Batu Caves dan dijangka tiba di kuil Sri  Maha Mariamman di Jalan Tun HS Lee pada 5 pagi esoknya,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurut beliau, laluan perarakan balik bermula di Kuil Sri Subramaniar Batu Caves; Jalan Ipoh Batu 5; Jalan Ipoh; Jalan Perhentian; Jalan Tun Razak; Jalan Ipoh; Jalan Raja Laut; Jalan Dang Wangi; Jalan Munshi Abdullah; Jalan Ampang; Jalan Leboh Ampang; Jalan Tun Perak; Jalan Sultan; Jalan Hang Kasturi; Jalan Hang Lekir dan Kuil Sri Maha Mariamman Tun H.S. Lee.

Beliau turut menasihatkan pengguna jalan raya supaya elakkan jalan-jalan seperti yang dinyatakan bagi mengelakkan terperangkap dalam kesesakan jalan raya.

– BERNAMA

Tinggalkan komen anda