Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahPerak

Jom Daftar 2020 SSM Hampiri Sasaran MBOR

By 21 Februari 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Khairul Nazrie Mat Nayan/Muhamad Amirulfarhan Mohd Daud (Kinta)

IPOH, 21 Feb (Malaysiaaktif) – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Negeri Perak telah berjaya mencapai 188 pendaftaran menerusi program Jom Daftar 2020 SSM Malaysia Book of Records (MBOR), semalam.

Ketua Seksyen Operasi SSM Perak N Vijayasegaran Nadesan, berkata SSM negeri ini menyasarkan sebanyak 200 pendaftar baru akan hadir bagi mencapai sasaran MBOR.

“Kategori yang terlibat ialah Pendaftaran Perniagaan Terbanyak dalam Masa 1 Hari di Seluruh Malaysia bagi menggalakkan para peniaga berniaga secara sah dengan berdaftar di bawah SSM.

“Selain itu, SSM menawarkan potongan sebanyak 90% pada hari ini kepada peniaga yang dikenakan kompaun,” ujarnya yang ditemui di pejabat SSM, di sini semalam.

Sementara itu, juruelektrik Teh Hun Fatt, 52, berkata proses pengurusan pembaharuan lesen SSM yang sekarang lebih mudah berbanding sebelum ini.

“Penyedian kaunter yang lebih banyak dan spesifik mengikut keperluan pelanggan membuatkan pendaftaran menjadi lebih efisien,” ujarnya.

-SH

Tinggalkan komen anda