Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMAMelaka

JaPen Komited Salur Info Sahih dan Rasmi Menerusi IOW

By 3 Februari 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto: Khairunnisa Abd Rahman/ Muhammad Fandy Azam (Melaka Tengah)

MELAKA TENGAH, 3 Feb (Malaysiaaktif) – Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) menerusi pendekatan terkini iaitu ‘Info On Wheels’ (IOW) bergerak aktif seluruh negara khususnya di Melaka dalam menyalurkan maklumat sahih dan rasmi kepada segenap lapisan masyarakat.

Program IOW ini mendapat sokongan padu daripada pemimpin-pemimpin masyarakat di Melaka dan mereka turut serta turun padang menyampaikan maklumat secara bersemuka.IMG-20200203-WA0023

Menurut Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong, masyarakat perlu mendapatkan maklumat tepat dan jitu dari sumber-sumber rasmi berkaitan isu Novel CoronaVirus (2019-nCoV) yang tular ketika ini.

“Apa yang saya ingin tekankan di sini ialah jangan panik terhadap isu ini dan kita mesti dapatkan maklumat yang tepat daripada Jabatan Penerangan dan Kementerian Kesihatan, serta kita mesti ambil langkah pencegahan dengan menjaga kebersihan dan jangan makan makanan tidak dimasak,” ujarnya.

IOW ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Canossa Convent disambut meriah oleh 369 pelajar bersama-sama dengan guru-guru, turut mengadakan sambutan Tahun Baru Cina serta Majlis Persaraan dua guru di sekolah tersebut.IMG-20200203-WA0024

-KN

Tinggalkan komen anda