
PUTRAJAYA, 24 Mac (Malaysiaaktif) – Terdapat satu kematian baharu dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Respon Krisis (CPRC) Kebangsaan, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak 15 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata kes kematian ke-15 itu melibatkan kes ke-1,519, lelaki warganegara Malaysia berumur 71 tahun berasal dari Melaka.
“Beliau disyaki mempunyai kontak dengan kes positif COVID-19 (kes ke-703, yang telah menghadiri perjumpaan tabligh di Masjid Seri Petaling).
— BERNAMA