Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Hebahan Perintah Kawalan Pergerakan Didik Masyarakat Patuh Peraturan

By 23 Mac 2020Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mahadi Mustafa/Mazlan Tawang (Dungun)

DUNGUN, 23 Mac (Malaysiaaktif) – Unit Hebahan Bergerak Pejabat Penerangan Daerah Dungun diaktifkan dalam usaha menyebarluaskan maklumat mengenai Perintah Kawalan Pergerakan kepada masyarakat di Daerah Dungun, khususnya.

Pegawai Penerangan Daerah Dungun Rusmiza Anuar, berkata hasil tinjauan pada hari keempat pelaksanaan arahan Perintah Kawalan Pergerakan mendapati suasana di sekitar daerah ini agak lengang berbanding hari sebelum pelaksanaan perintah ini keluarkan.

“Hebahan ini susulan daripada arahan Kerajaan mengenai Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari bermula 18 Mac hingga 31 Mac 2020  yang dibuat mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

Maklumbalas pengusaha kedai makan kepada petugas dari Pejabat Penerangan Daerah Dungun mendapati masyarakat patuh dengan arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Maklumbalas pengusaha kedai makan kepada petugas dari Pejabat Penerangan Daerah Dungun mendapati masyarakat patuh dengan arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan.

 

“Namun begitu pemantauan dan hebahan dari semasa ke semasa akan terus dijalankan bagi meningkatkan kesedaran orang ramai agar mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dikuatkuasakan oleh kerajaan bagi mengurangkan penularan COVID-19 yang telah menunjukkan trend peningkatan di seluruh negeri,” katanya ketika ditemui bertemu penduduk setempat, di sini kelmarin.

Suasana di Pasar Besar Dungun yang lengang berbanding sebelum arahan Perintah Kawalan Pergerakan dikeluarkan.

Suasana di Pasar Besar Dungun yang lengang berbanding sebelum arahan Perintah Kawalan Pergerakan dikeluarkan.

Rusmiza turut menuntut kerjasama orang ramai supaya kekal berada di rumah masing-masing dalam menjayakan usaha kerajaan menangani penularan COVID-19.

-ii-

Tinggalkan komen anda