Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Kesedaran Orang Ramai Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Semakin Meningkat

By 23 Mac 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Uraidah Zetti Md Arifin (Kemaman)

KEMAMAN, 23 Mac (Malaysiaaktif) – Suasana di daerah Kemaman masih lagi terkawal dan tiada apa-apa isiden yang tidak diingini berlaku susulan daripada Perintah Kawalan Pergerakan yang dikenakan sejak Rabu lalu.

Hasil tinjauan yang dibuat oleh Unit Bergerak Pejabat Penerangan Daerah Kemaman di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chukai dan DUN Air Putih mendapati kedua-dua kawasan terbabit lengang dengan hampir kesemua kedai makan ditutup.

Unit Hebahan Jabatan Penerangan daerah Kemaman.

Unit Hebahan Jabatan Penerangan Daerah Kemaman.

Beberapa buah kedai makan yang dibuka hanya untuk menyediakan khidmat penghantaran makanan dan bawa balik sahaja.

Menurut Sabariah Karim, 32, pekerja restoran di Bandar Chukai berkata, dia mengambil langkah keselamatan dan pencegahan dengan memakai penutup hidung dan sarung tangan.

Sabariah Karim, 32 tahun, pekerja restoran.

Sabariah Karim, 32 tahun, pekerja restoran.

Sabariah turut meluahkan rasa bimbang ekoran kes COVID-19 di daerah Kemaman yang semakin meningkat.

“Restoran ini hanya dibuka untuk pelanggan bungkus dan dibawa balik sahaja dan bukan untuk dimakan di premis ini”, katanya.

Suasana lengang di Sekitar Bandar Chukai, Kemaman.

Suasana lengang di Sekitar Bandar Chukai, Kemaman.

Dalam pada itu, Sabariah turut memberitahu bahawa ada  peniaga yang mengambil peluang untuk menjual makanan dengan harga yang lebih tinggi dan beliau turut memuji langkah yang diambil oleh Pejabat Penerangan Daerah Kemaman dengan membuat hebahan bergerak kepada orang ramai di bandar dan luar bandar Kemaman.

Bagi Isdawanam Mamat, 38, seorang kakitangan awam pula berkata, Perintah Kawalan Pergerakan ini memang perlu dijalankan dan diperketatkan dari semasa ke semasa sekiranya perlu untuk mencegah sebelum keadaan semakin parah.

Isdawanam Mamat, 38 tahun, kakitangan awam.

Isdawanam Mamat, 38 tahun, kakitangan awam.

“Mudah-mudahan melalui hebahan ini dapat membuka minda orang ramai untuk mematuhi Pelaksanaan Kawalan Pergerakan dan duduk di rumah sahaja,” katanya.

Muhammad Syafiq Kamal, 26, kakitangan kontrak bersetuju ia sebagai langkah bijak kerajaan bagi mengurangkan kadar pertambahan pesakit COVID-19 di negara ini.

Muhammad Syafiq Kamal, 26, kakitangan kontrak.

Muhammad Syafiq Kamal, 26, kakitangan kontrak.

“Sebagai rakyat, kita perlu akur dan faham arahan yang dilaksanakan ini sebagai satu langkah penjagaan kesihatan yang baik untuk kita

“Pada masa yang sama bekalan topeng muka dan ‘hand sanitizer’ perlu disediakan secukupnya kepada orang ramai,” ujarnya.

Semua pihak perlu mematuhi segala arahan daripada pihak berkuasa yang bertanggungjawab dalam urusan berkaitan COVID 19 ini.

Diharap kesedaran masyarakat terhadap Perintah Kawalan Pergerakan ini akan terus meningkat dari hari ke hari.

-ii-

Tinggalkan komen anda