Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

NEKMAT Sedia Khidmat Hantar Ikan ke Rumah

By 29 Mac 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: NEKMAT

PUTRAJAYA 29 Mac (Malaysiaaktif) – Bagi memudahkan orang ramai mendapatkan bekalan ikan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) menyediakan perkhidmatan Jualan Ikan Segar Beku (QFish) dan makanan laut dengan menghantarnya ke rumah pelanggan melalui pesanan kepada ‘runner’ di bawah selian persatuan itu.

Pengerusinya Abdul Hamid Bahari berkata buat permulaan, perkhidmatan di bawah program NEKMATbiz itu disediakan sekitar Lembah Klang sahaja.

“Buat masa ini, orang ramai sekitar Kuala Lumpur boleh membuat tempahan ikan secara dalam talian di www.nekmatbiz.com.my.

“Selain itu, semua pesanan akan turut diiklankan di Facebook NEKMAT setiap hari seawal pukul 7 pagi sehingga 1 tengah hari. Ikan seperti Pelaling, Kembung dan Selayang dijual dengan harga RM4 sekilogram,” menurutnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semua penghantaran akan dibuat dari Pusat Pengumpulan dan Pengedaran NEKMAT Taman Wahyu di sini.

Abdul Hamid berkata pihaknya membeli ikan segar daripada nelayan yang terus dihantar ke tempat simpanan sebelum dibekalkan kepada pengguna.

Sehingga kini, terdapat 50 tan stok ikan Qfish dalam simpanan NEKMAT.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda