Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Operasi Sanitasi Bendung Wabak Covid-19 Bermula

By 31 Mac 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Anuar Che Amat (Perlis)

KANGAR, 31 Mac (Malaysiaktif) – Lebih dari 60 orang anggota yang terdiri beberapa agensi kerajaan di Negeri Perlis terlibat di dalam Operasi Sanitasi Awam COVID-19.

Menurut Pengarah Bomba Dan Penyelamat Perlis (JBPM) Ruhisha Haris, sebanyak 600 liter campuran Sodium Hypochlorite (clorox) dengan nisbah 1:10 telah digunakan dalam operasi ini.

“Operasi ini yang diketuai oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dipertanggungjawabkan untuk menjalankan operasi di lokasi-lokasi tumpuan awam.

Ruang niaga pasar disembur cecair nyahkuman oleh petugas operasi.

Ruang niaga pasar disembur cecair nyahkuman oleh petugas operasi.

“Semoga usaha menyahkuman ini berjaya dilakukan dan  pihak JBPM berharap penduduk sentiasa memberi kerjasama dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung wabak COVID-19 ini.

“Lokasi yang menjadi tumpuan ialah Stesen Bas Kangar, Stesen Bas Kuala Perlis, HUB Bas Arau, Pasar Borong Sena, Pasar Awam Sena, Pasar Awam Kuala Perlis, Pasar Awam Utan Aji, Pasar Awam Simpang Empat, Pasar Awam Kaki Bukit, Pasar Awam Padang Besar, Pasar Awam Arau dan Terminal Jeti Kuala Perlis,” katanya.

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis, Azizan Sulaiman telah merasmikan dan melepaskan para peserta operasi sanitasi tersebut di perkarangan Pejabat Bomba dan Penyelamat Negeri Perlis.

Antara agensi yang terlibat adalah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perlis, SWCorp Negeri Perlis, Majlis Perbandaran Kangar, Angkatan Pertahanan Awam Perlis manakala Jabatan Kesihatan Negeri Perlis dan pihak E- Idaman Sdn. Bhd turut membantu menjayakan operasi tersebut.

-NI-

Tinggalkan komen anda