Skip to main content
Berita TimurTerengganu

[KEMAS KINI]Pemantauan Berterusan Melegakan Pengguna

By 18 Mac 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Ros Naini Arshad/Shuhaimi Ahmad (Kuala Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 18 Mac (Malaysiaaktif) – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) komited dalam menangani isu pembelian panik dalam kalangan masyarakat setempat di negeri ini.

Seramai 214 orang penguatkuasa telah digerakkan di daerah ini untuk menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat pembelian panik.

Menurut Pengarah KPDNHEP Negeri Terengganu Saharuddin Mohd Kia, hasil daripada tinjauan di beberapa pasaraya mendapati beberapa kes pembelian panik di daerah Kuala Terengganu.

 

Pemantauan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Terengganu di Pasaraya Sabasun cawangan Bukit Kecil.

Pemantauan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Terengganu di sebuah pasar raya di sini.

“Setakat ini belum terdapat kes di mana stok barang keperluan habis di mana-mana pasaraya, rak-rak barang keperluan harian sentiasa ditambah, sekiranya terdapat pengurangan stok,” katanya ketika sidang media selepas pemantauan barangan di sebuah pasaraya, di sini semalam.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Terengganu, Saharuddin Mohd Kia pada sidang akhbar yang diadakan di Pasaraya Sabasun cawangan Bukit Kecil, Kuala Terengganu.

Saharuddin ketika sesi sidang media, di sini.

Menurut Saharuddin, tidak wajar kes pembelian panik berlaku memandangkan kerajaan telah memberi jaminan bahawa pasar raya dan pasar awam dan premis yang membekalkan barangan keperluan harian tidak ditutup.

“Tiada laporan diterima mengenai kenaikan harga ketara dan masalah kesukaran mendapatkan cecair pencuci tangan dan penutup mulut dan hidung di daerah ini juga dalam tindakan pihak kami”, tambahnya.

Pengarah KPDNHEP Negeri Terengganu, Saharuddin Mohd Kia meninjau stok barangan keperluan harian di sebuah pasaraya di Kuala Terengganu.

Saharuddin (dua dari kanan) meninjau stok barangan keperluan harian di sebuah pasar raya. 

Rata-rata pengguna yang ditemui mengharapkan agar pihak KPDNHEP melanjutkan tempoh pemantauan khususnya dalam tempoh kawalan pergerakan tersebut.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Terengganu, Saharuddin Mohd Kia bertanya sesuatu kepada pelanggan yang membeli barangan keperluan harian pada tinjauan yang dilakukan di sebuah pasaraya di Kuala Terengganu.

Saharuddin (tengah) mendapatkan maklum balas daripada pelanggan yang mendapatkan barangan keperluan harian masing-masing. 

Saharuddin turut berharap agar pengguna tidak panik dan melaporkan segera kepada pihaknya sekiranya terdapat sebarang insiden yang tidak diingini, seperti kenaikan harga yang melampau dan kekurangan bekalan keperluan harian yang ketara.

-ii-

Tinggalkan komen anda