Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

RM100,000 Diperuntukkan Bantu Penduduk Indera Mahkota

By 27 Mac 2020Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Zayana Isa (Pahang)

KUANTAN, 27 Mac (Malaysiaaktif) – Seramai 1000 penduduk di Parlimen Indera Mahkota yang terkesan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula 18 Mac hingga 14 April ini menerima sumbangan daripada Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Saifuddin Abdullah yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Pegawai Khas Ahli Parlimen Indera Mahkota Husainuddin Yaakob, berkata peruntukan khas ini diberikan kepada penduduk yang terjejas semasa PKP ini berkuatkuasa.

ā€œKita memfokuskan kepada golongan B40 yang akan menerima sumbangan barangan keperluan asas daripada Pejabat Ahli Parlimen Indera Mahkota,ā€ katanya semasa edaran sumbangan di rumah wakil penerima sumbangan tersebut.

ā€œBarangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, biskut dan barangan kering yang lain akan diedarkan kepada penerima-penerima yang layak melalui wakil penerima di setiap kawasan.

Jelasnya, sumbangan diberikan kepada wakil penerima di setiap kawasan bagi meminimumkan perkumpulan orang ramai bagi mengurangkan risiko jangkitan wabak COVID-19 ini.

Antara kawasan yang diedarkan ialah Indera Mahkota, Chengal Lempong, Balok, Taman Impian, Batu Hitam, Pelindung, Sungai Karang Darat, Sungai Karang Pantai dan Alor Ladang.

ā€œSelain itu kita turut memberikan bantuan kepada golongan ibu tunggal yang turut terjejas semasa PKP ini,ā€ katanya lagi.

-KN

Tinggalkan komen anda