Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

Gagal Patuhi PKP, 34 Orang Ditahan

By 13 April 2020Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Lizza Imelia M. Sulanah (Seberang Perai Tengah)

BUKIT MERTAJAM, 13 April (Malaysiaaktif) – Seramai 34 orang ditahan dalam tempoh 24 jam oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disekitar kawasan Bukit Mertajam malam tadi.

Operasi bersepadu ini yang dilakukan PDRM bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan diketuai oleh Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Supt Mohd Mustafa Bidin.

Operasi bersepadu ini yang dilakukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta RELA.

Operasi bersepadu ini yang dilakukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta RELA.

Semua individu ini boleh didakwa di bawah Akta 342, jika disabit kesalahan di mana pesalah boleh dikenakan denda RM1, 000 atau penjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya sekali.

Pihak penguatkuasa sedang bertanyakan soalan kepada orang awam.

Pihak penguatkuasa sedang bertanyakan soalan kepada orang awam.

Menurut Mohd Mustafa, masih terdapat lagi orang awam yang akan ingkar PKP dan beliau menjelaskan bahawa tindakan yang lebih tegas akan dilaksanakan, termasuk menggunakan undang-undang yang sedia ada seperti Kanun Kesiksaan dan Akta Polis 1960.

Penjelasan oleh seorang penunggang motosikal kepada Pegawai PDRM dan ATM yang bertugas.

Penjelasan oleh seorang penunggang motosikal kepada Pegawai PDRM dan ATM yang bertugas.

“Tindakan ini boleh menimbulkan rasa takut dan menyedarkan orang awam bagi mematuhi arahan PKP dan masyarakat harus memberi kerjasama dalam usaha kita membendung penularan wabak ini,” ujarnya.

-ii-

Tinggalkan komen anda