Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Rakyat Diminta Telus Dalam Permohonan Bantuan – Mazlan Bujang

By 23 April 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Zahid Othman/Sharifah Alia Syed Nasir (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 23 Apr (Malaysiaaktif) – Kerajaan Persekutuan melalui kerajaan negeri kini sedang giat melaksanakan pelbagai inisiatif bagi mengumpul dana dalam usaha membantu rakyat yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Negeri Mazlan Bujang, timbul sedikit kekesalan apabila terdapat segelintir pemohon yang memanipulasi maklumat ahli keluarga bagi tujuan untuk mendapatkan bantuan.

“Terdapat pemohon yang menghantar dua borang yang berasingan untuk dirinya dan isteri bagi tujuan mendapatkan bantuan.

Rakyat diseru untuk memberikan maklumat yang tepat ketika memohon bantuan - Mazlan Bujang

Rakyat diseru untuk memberikan maklumat yang tepat ketika memohon bantuan – Mazlan Bujang

“Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku kerana ia secara tidak langsung menganggu proses semakan permohonan serta menjejaskan peluang pemohon lain yang lebih memerlukan bantuan,” katanya ketika ditemui sewaktu program Info On Wheels Pejabat Penerangan Daerah Johor Bahru di Kampung Sinaran Baru, semalam.

Tambah beliau, seramai 10 buah keluarga di kampung ini turut menerima bantuan yang disalurkan oleh Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Puteri Wangsa dan mereka juga akan didaftarkan untuk menerima bantuan wang ihsan.

“Setakat ini, lebih 3000 bantuan telah disalurkan kepada golongan yang memerlukan di sekitar kawasan parlimen Tebrau yang memiliki kepadatan penduduk seramai 300 ribu orang.

Sumbangan yang disampaikan ini menunjukkan keprihatinan kerajaan bagi meringankan beban rakyat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) - Razali Ishak

Sumbangan yang disampaikan ini menunjukkan keprihatinan kerajaan bagi meringankan beban rakyat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) – Razali Ishak

“Bantuan yang disalurkan berupa keperluan makanan asas seperti beras, gula, minyak masak dan tepung gandum,” katanya lagi.

Mazlan memaklumkan, kebanyakkan sumbangan yang diterima adalah dari pihak swasta, orang perseorangan dan juga syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang turut sama berganding bahu membantu kerajaan dalam meringankan beban rakyat yang terkesan oleh wabak COVID-19.

Razali Ishak, 64, berkata sumbangan yang diterima ini menunjukkan keprihatinan kerajaan bagi meringankan beban rakyat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Robayi Salleh mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan dan Negeri di atas sumbangan ini.

Robayi Salleh mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan dan Negeri di atas sumbangan ini.

“Sebelum ini saya menampung perbelanjaan keluarga dengan berniaga, namun saya redha dan akur dengan arahan pihak kerajaan untuk duduk di rumah demi memutuskan rantaian wabak ini,” ujarnya.

Seorang lagi penerima bantuan yang ditemui, Robayi Salleh, 58, berkata beliau bersyukur dengan bantuan yang diberikan memandangkan ramai yang terkesan akibat penularan wabak ini.

“Sudah pasti bantuan ini dapat meringankan beban tanggungan keluarga dan saya juga mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan dan Negeri di atas sumbangan ini,” katanya lagi.

-NI-

Tinggalkan komen anda