Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

COVID-19 : 11 Warga Asing Larikan Diri Ditahan

By 7 Mei 2020Tiada komen1 minit bacaan

PUTRAJAYA, 7 Mei (Malaysiaaktif) –Ā Seramai 11 individuĀ daripada 145 warga asing yang melarikan diri selepas menjalani ujian saringan wabak COVID-19 di tapak pembinaan Pavilion Embassy, Jalan Ampang di sini, kelmarin, ditahan polis.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit AmanĀ Datuk Huzir Mohamed berkata, lima daripadanya berjaya ditahan hari ini manakalaĀ enam lagi ditahan semalam.

KatanyaĀ buat masa ini, pihaknya sedang mengesan saki-baki pekerja warga asing yang melarikan diri itu.

“Kesemua yang melarikan diri itu adalah antara lebih 300 pekerja tapak pembinaan berkenaan, yang disaring selepas ada rakan sekerja yangĀ didapati positif wabak berkenaan.

“Bagaimanapun kamiĀ dimaklumkan bahawa keputusan ujian kesemua 145 pekerja itu adalah negatif COVID-19,” katanya dalamĀ sidang media khas di Bukit Aman, di sini, hari ini.

Sebelum ini, sebuah portal berita tempatan melaporkan 145 pekerja warga asing melarikan diri, selepas pasukan perubatan melakukan saringan COVID-19, di kawasan tapak pembinaan itu.

Dalam pada ituĀ Huzir berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian sembilan warga asing terdiri daripada enam lelaki Indonesia dan tiga Bangladesh, yang melarikan diri dari sebuah pusat kuarantin di Petaling Jaya, kelmarin.

ā€œUsaha mengesan merekaĀ sedang dijalankan,ā€ katanya

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda