Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

COVID-19: Warga Felda Terima Sumbangan Bernilai RM6.7 Juta

By 3 Mei 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

PUTRAJAYA, 3 Mei (Malaysiaaktif) – Tabung COVID-19 Felda berjaya mengumpul dana berjumlah  RM1.1 juta dalam usaha membantu meringankan beban warga peneroka.

Presiden Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Muhammad Fadzli Hasan berkata tabung yang dikendali bersama dengan Kelab Penyokong Felda United, Jawatankuasa Perundingan Peneroka (JKPP), Koperasi Permodalan Felda (KPF) dan Pertubuhan Kami Anak Felda itu mengumpul RM166,499 selain RM953,500 sumbangan Felda.

Beliau berkata sumbangan itu dijadikan dalam bentuk barangan RM40/set dan akan memberi faedah kepada 28,000 warga Felda yang layak.

Katanya Lembaga Pengarah Felda yang bermesyuarat pada 23 April turut meluluskan permohonan JKPP bagi bantuan barangan keperluan asas bernilai RM50 kepada 112,638 peneroka di seluruh negara yang secara keseluruhan bernilai RM5.6 juta.

“MBFM mengucapkan terima kasih kepada Felda dan semua pihak di peringkat kebangsaan, wilayah dan rancangan yang bermurah hati memberikan sumbangan sama ada dalam bentuk kewangan, tenaga, masa dan lain-lain kepada warga Felda,” menurutnya dalam kenyataan malam ini.

Muhammad Fadzli berkata kesemua bantuan dalam bentuk barangan itu dibekalkan kedai milik KPF serta peneroka iaitu D’Mart dan disalurkan terus kepada Pusat Makanan Komuniti Rancangan melalui Felda Wilayah.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda