Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

SOP Taska: Tiada Diskriminasi Anak-anak Petugas Barisan Hadapan

By 26 Mei 2020Tiada komen2 minit bacaan

Foto:Ā Ihsan Sinar Harian

PUTRAJAYA, 26 Mei (Malaysiaaktif) – Tidak timbul isu pengasingan atau diskriminasi terhadap anak-anak petugas barisan hadapan terutamanya warga kerjaĀ Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam penempatan diĀ taman asuhan kanak-kanak (taska), kataĀ Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata prosedur operasi standard (SOP) di taska, yang masih di peringkat cadangan itu dan belum dibentangkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN),Ā bertujuan mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.

Beliau berkata petugas barisan hadapan terutamanya yang bekerja di hospital adalah satu daripada kumpulan berisiko untuk terkena jangkitanĀ dan begitu juga dengan ahli keluarga mereka.

ā€œBukan kamiĀ sekat. KamiĀ khaskan satu tempat untuk anak-anakĀ petugas barisan hadapan. Kalau taska di hospital, tidak ada masalah. Namun, kalau bergaul dengan kanak-kanak lain, perlu khaskan.

“Ini bukan pengasingan tetapi khaskan di satu tempat. KamiĀ memberi pengawasan khusus kepada anak petugas kesihatan. Mungkin cara kita mengolah perkataan seolah-olahĀ seperti kita asingkan, namun sebenarnya ia memberikan perhatian khusus kepada mereka,” katanya semasa menjawab hal berkaitanĀ garis panduan berkaitan operasi taska,Ā yang didakwa sebagai satu bentuk ā€˜diskriminasi’ terhadap anak-anak petugas barisan hadapan.

Dr Noor Hisham berkata petugas kesihatan juga sentiasa diingatkan mematuhi langkah keselamatan apabila kembali ke pangkuan keluarga termasuk tidak terus menyentuh anak-anak mereka sebelum melakukan amalan pembersihan diri.

Beliau berkata SOP taska itu akan diperhalusi dan dibentangkan kepada MKN sebelum dilaksanakan.

“KKM ingin mengulangi bahawa tiada sebarang diskriminasi dalam memberi rawatan COVID-19 kepada semua, sama ada kepada warganegara atau bukan warganegara, dewasa, atau kanak-kanak,” katanya.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda