Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Tarikh Akhir Rayuan BPN 31 Mei Ini- LHDN

By 28 Mei 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

PUTRAJAYA, 28 Mei (Malaysiaaktif) – Tarikh akhir permohonan rayuan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) ialah pada 31 Mei ini (2020), kata Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Rayuan BPN boleh dibuat dengan mengemukakan dokumen sokongan dengan hadir ke cawangan LHDNM atau mengemukakan e-mel ke [email protected],” menurut LHDN dalam satu kenyataan hari ini.

Pemohon boleh merujuk soalan lazim (FAQ) BPN yang dimuat naik pada portal rasmi BPN untuk mendapatkan maklumat lanjut atau klik pada capaian pantas;

https://bpn.hasil.gov.my/Download/Faq/SoalanLazim(FAQ)_Permohonan_Baharu_Rayuan_Bantuan_Prihatin_Nasional(Kemaskini100520206pm).pdf

Sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada LHDN melalui;

1) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-89111100 (Luar Negara);

2) HASiL Live Chat;

3) Borang maklum balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas;

https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/;

4) Media sosial rasmi; https://www.facebook.com/LHDNM atau https://twitter.com/LHDNMofficial.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda