Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

PKPP: 52 Kompaun Dikeluarkan Ingkar SOP

By 17 Jun 2020Tiada komen1 minit bacaan

PUTRAJAYA, 17 Jun (Malaysiaaktif) – Sebanyak 52 kompaun telah dikeluarkan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) Rabu lepas, terhadap pemilik premis yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Timbalan Ketua Polis NegaraĀ Datuk Mazlan Mansor berkata antara kesalahan yang dilakukan adalah premis yang beroperasi melebihi had waktu yang dibenarkan.

Beliau berkata pihaknya telah menegaskan kepada pemilik-pemilik premis bahawa operasi perlu ditutup pada pukul 12 tengah malam, namun masih ada segelintir yang berdegil dan beroperasi sehingga pukul 1.00 atauĀ 2.00Ā pagi.

ā€œOleh yang demikian, kami kompuan mereka. Begitu juga dengan premis hiburan yang masih lagi tegarĀ melaksanakan operasi menghiburkan pelangganĀ seperti di pusat karaoke dan lain-lain pusat hiburan.

“Pusat-pusat hiburanĀ yang beroperasi turut dikompaunĀ kerana ketika ini mereka masih tidak dibenarkan beroperasi,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan pelancaran MyPelawat di Bukit Aman, di sini, hari ini.

Dalam perkembangan berasingan, Mazlan berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang dalam perancangan untuk menambah pegawai dan anggota polis dengan melakukan pengambilan baharu tahun ini.

“Kami masih lagi dalam perbincangan dengan Majlis Keselamatan Negara dan sebagainya, dan ia akan dilaksanakan secepat mungkin, ramai rekrut baharu yang kita perlukan,” katanya.

— BERNAMA

 

Tinggalkan komen anda