Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Sebahagian Kerangka Besi Projek Pembinaan LRT3 Runtuh, Tiada Kemalangan Jiwa

By 17 Jun 2020Tiada komen1 minit bacaan

PUTRAJAYA, 17 Jun (Malaysiaaktif) – Sebahagian kerangka besi yang dipasang bagi projek pembinaan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) di Jalan Meru di siniĀ runtuh dalam satu kejadian awal pagi tadi.

Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira pukul 5.00 pagi namunĀ tidak melibatkanĀ sebarang kecederaan atauĀ kemalangan jiwa.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Supt Azman Shariat berkata susulan kejadian itu juga, jalan di lokasi berkenaan ditutup di kedua-dua arah bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

ā€œBeberapa lenconganĀ jugaĀ dibuat bagi memudahkan pergerakan kenderaan yang melalui jalan itu. Anggota trafik turut mengawal keadaan lalu lintas di lokasi kejadian dan setakat ini, situasi pergerakan kenderaan diĀ situ adalahĀ terkawal,ā€ katanya ketika dihubungi hari ini.

Beberapa video keadaan runtuhan kerangka besi itu dimuat naik orang awam dan tular di laman FacebookĀ sejakĀ pagi tadi.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda