Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMANegeri Sembilan

Keunikan Cendol Sagu Rumbia

By 26 Jun 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Jamilah Sulaiman Nasution (Seremban)/Pesona Seremban

SEREMBAN, 25 Jun (Malaysiaaktif) – Keunikan Cendol Sagu Rumbia yang mempunyai tekstur yang lebih kenyal daripada cendol biasa serta mempunyai aroma yang unik membuatkannya popular dan mempunyai peminat tersendiri.

Proses pembuatannya yang memakan masa dan bahan yang digunakan sukar diperolehi menyebabkan kedai yang menjualnya hanya dibuka tiga hari seminggu.

Pengusaha Cendol Sagu Rumbia, Rohaisham Mohd Tahar, berkata meskipun kerja ini agak memenatkan dan rumit, namun hasil yang diperoleh berbaloi dan memuaskan hati pelanggan.

“Saya sendiri yang akan mencari pokok sagu rumbia di sekitar kampung sebelum menebang untuk mendapatkan sagunya serta proses pengeringan sagu juga akan dilakukan selama dua hari, bergantung pada cuaca sebelum proses pembuatan cendol sagu rumbia dijalankan,” ujarnya.

WhatsApp Image 2020-06-25 at 17.17.04 (1)

Gerai Cendol Sagu Rumbia yang terletak di Jalan Labu-Seremban.

Manakala menurut salah seorang penggemar cendol ini, Muhammad Hanif, tidak ramai yang pernah menikmati keenakan dan keunikan rasa cendol sagu rumbia terutama generasi muda.

“Pencuci mulut ini merupakan tradisi orang lama yang kini kian pupus dan usaha yang dijalankan oleh pemilik kedai ini untuk memperkenalkan makanan tradisi rakyat Malaysia kepada orang ramai dengan keistimewaan pada isinya yang kenyal sekali gus memberi kelainan berbanding cendol biasa di pasaran,”

Perniagaan yang diusahakan oleh Rohaisham tersebut merupakan satu-satunya perniagaan cendol sagu rumbia yang masih aktif di Seremban selepas 15 tahun berkecimpung dalam pembuatan cendol berasaskan sagu rumbia sebelum membuka kedai di Jalan Labu-Seremban sejak enam tahun lalu.

-AK

Tinggalkan komen anda