Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Kes Baharu Kembali Satu Angka kepada Enam

By 19 Jun 2020Tiada komen1 minit bacaan

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 19 Jun (Malaysiaaktif) – Kes baharu COVID-19 di Malaysia hari ini kembali kepada satu angka membabitkan hanya enam jangkitan, menjadikan jumlah kes positif kepada 8,535 kes, manakala kluster baru dikesan di Kidurong dekat Bintulu, Sarawak.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 70 kes pulih daripada COVID-19 dan dibenarkan discaj hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 8,070 kes iaitu 94.6 peratus, daripada jumlah keseluruhan kes.

“Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 344 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan,” katanya pada sidang media harian perkembangan COVID-19 di sini hari ini.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda