Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMANegeri Sembilan

Pengurus Felda Perlu Peka Dalam Pengurusan Tanah

By 26 Jun 2020Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Noraini Mohd Nasir/Nur Syafiq Kamaruzzaman (Tampin)

TAMPIN, 25 Jun (Malaysiaaktif) – Pejabat Daerah Kecil dan Tanah Gemas telah menganjurkan sesi penerangan berkaitan Pembangunan Tanah Dalam Kawasan Felda bertempat di Dewan Felda Semai Bakti, Felda Jelai 3 Gemas, Negeri Sembilan pada Rabu.

Timbalan Pentadbir Tanah, Pejabat Daerah dan Tanah Tampin, Daing Muhammad Rahimi Abdul Hamid, menerangkan bahawa pengurus Felda perlu memiliki salinan berkaitan Akta Tanah Berkelompok dan Perjanjian Awal Penubuhan Felda.

“Menerusi perjanjian ini kita akan mengetahui secara ringkas tentang rancangan-rancangan serta tujuan asal Felda ditubuhkan.

WhatsApp Image 2020-06-25 at 17.11.05 (1)

Daing menyampaikan penerangan berkaitan kepada tetamu yang hadir.

“Hasrat kerajaan menubuhkan Felda adalah untuk tidak memudahkan ianya dijual kepada bukan pewaris melainkan atas sebab-sebab tertentu dan segala bentuk urusan berkaitan pindah milik tanah mesti mempunyai kebenaran daripada pihak berkuasa negeri,” ujarnya.

Menurut Daing, beliau menyarankan agar pengurus-pengurus Felda kerap melayari laman sesawang Jabatan Tanah dan Galian Negeri Sembilan bagi mendapatkan maklumat yang tepat berkaitan urusan tanah-tanah Felda.

“Untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas dan terperinci, para pengurus Felda boleh melayari laman web rasmi Jabatan Tanah dan Galian Negeri Sembilan, mereka juga dapat mengetahui cara-cara untuk menguruskan tanah Felda dan dokumen yang diperlukan bagi setiap urusan yang ingin dijalankan,” jelasnya.

Majlis yang diadakan secara tertutup ini turut dihadiri oleh Pegawai Daerah Tampin, Suhaiza Sharudin, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) serta Ketua-ketua Blok Rancangan Felda.

-AK

Tinggalkan komen anda