Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Lori Terbabas Gara-gara Panik Takutkan Penguatkuasa

By 1 Jun 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)/MPS

GOMBAK, 1 Jun (Malaysiaaktif) – Gara-gara panik ternampak penguatkuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS), seorang pemandu lori terbabas dan kenderaannya hampir terbalik di lokasi pembuangan sampah haram di Kampung Sungai Pusu, di sini.

Pengarah Jabatan Korporat MPS, Mohamad Zin Masoad, berkata lori berkenaan dipercayai baharu membuat pembuangan sampah haram di kawasan tersebut dan cuba melarikan diri daripada tindakan penguatkuasaan.

“Pihak kami mengesan tiga buah lori menjadikan tapak itu sebagai lokasi pembuangan sampah haram ketika rondaan penguatkuasaan di lokasi tersebut hari ini.

“MPS mengeluarkan kompaun berjumlah RM1,000 kepada pemilik lori disamping tindakan sitaan terhadap kenderaan serta maklumat pemandu lori direkodkan.

“Tindakan ini berdasarkan Undang-Undang Kecil (UUK) 21 (sitaan) dan Seksyen 4 (Kompaun) UKK Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah MPS (2007),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kelihatan Penguatkuasa MPS memerhati sebuah lori membawa sampah ke tapak pelupusan sampah haram melarikan diri daripada dikenakan tindakan di Kampung Sungai Pusu, hari ini.

Kelihatan Penguatkuasa MPS memerhati sebuah lori membawa sampah ke tapak pelupusan sampah haram melarikan diri daripada dikenakan tindakan di Kampung Sungai Pusu, hari ini.

Dalam kes berasingan, Mohamad Zin memaklumkan MPS turut menahan sebuah lori di Jalan Ulu Yam selepas dikesan membuat pembuangan sampah haram di kawasan itu dan dikenakan tindakan sama.

“Satu laporan polis akan dibuat untuk memastikan indvidu dan syarikat terlibat dikenakan tindakan selanjutnya di bawah peruntukan undang-undang sedia ada.

“MPS tegas dalam isu pembuangan sampah haram dan menjalankan pemantauan rapi terutama di kawasan hotspot yang dikenal pasti.

“Pihak kami mengalu-alukan sebarang maklumat daripada orang awam dan aduan boleh dibuat menerusi talian 1800 222 677,” katanya.

-NAZ

Tinggalkan komen anda